NurluNurlu
Surah 69·52 ayat·Makkiyyah

Surah Al-Haaqqa: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Al-Haaqqa ialah surah ke-69 al-Quran; mengandungi 52 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. ٱلْحَآقَّةُ﴿1

    Al haaaqqah

    1.Saat yang tetap berlaku itu -

  2. مَا ٱلْحَآقَّةُ﴿2

    Mal haaaqqah

    2.Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?

  3. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحَآقَّةُ﴿3

    Wa maaa adraaka mal haaaqqah

    3.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).

  4. كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌۢ بِٱلْقَارِعَةِ﴿4

    Kazzabat samoodu wa 'Aadum bil qaari'ah

    4.Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.

  5. فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا۟ بِٱلطَّاغِيَةِ﴿5

    Fa-ammaa Samoodu fauhlikoo bittaaghiyah

    5.Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.

  6. وَأَمَّا عَادٌۭ فَأُهْلِكُوا۟ بِرِيحٍۢ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍۢ﴿6

    Wa ammaa 'Aadun fa uhlikoo bireehin sarsarin 'aatiyah

    6.Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -

  7. سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍۢ وَثَمَٰنِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًۭا فَتَرَى ٱلْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَىٰ كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍۢ﴿7

    Sakhkharahaa 'alaihim sab'a la yaalinw wa samaaniyata ayyaamin husooman fataral qawma feehaa sar'aa ka annahum a'jaazu nakhlin khaawiyah

    7.Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.

  8. فَهَلْ تَرَىٰ لَهُم مِّنۢ بَاقِيَةٍۢ﴿8

    Fahal taraa lahum mim baaqiyah

    8.Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?

  9. وَجَآءَ فِرْعَوْنُ وَمَن قَبْلَهُۥ وَٱلْمُؤْتَفِكَٰتُ بِٱلْخَاطِئَةِ﴿9

    Wa jaaa'a Firawnu wa man qablahoo wal mu'tafikaatu bilhaati'ah

    9.Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.

  10. فَعَصَوْا۟ رَسُولَ رَبِّهِمْ فَأَخَذَهُمْ أَخْذَةًۭ رَّابِيَةً﴿10

    Fa'ansaw Rasoola Rabbihim fa akhazahum akhzatar raabiyah

    10.Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.

  11. إِنَّا لَمَّا طَغَا ٱلْمَآءُ حَمَلْنَٰكُمْ فِى ٱلْجَارِيَةِ﴿11

    Innaa lammaa taghal maaa'u hamalnaakum fil jaariyah

    11.Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).

  12. لِنَجْعَلَهَا لَكُمْ تَذْكِرَةًۭ وَتَعِيَهَآ أُذُنٌۭ وَٰعِيَةٌۭ﴿12

    Linaj'alahaa lakum tazki ratanw-wa ta'iyahaa unzununw waa'iyah

    12.(Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.

  13. فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ نَفْخَةٌۭ وَٰحِدَةٌۭ﴿13

    Fa izaa nufikha fis soori nafkhatunw waahidah

    13.Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -

  14. وَحُمِلَتِ ٱلْأَرْضُ وَٱلْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةًۭ وَٰحِدَةًۭ﴿14

    Wa humilatil ardu wal jibaalu fadukkataa dakkatanw waahidah

    14.Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, -

  15. فَيَوْمَئِذٍۢ وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ﴿15

    Fa yawma'izinw waqa'atil waaqi'ah

    15.Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -

  16. وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِىَ يَوْمَئِذٍۢ وَاهِيَةٌۭ﴿16

    Wanshaqqatis samaaa'u fahiya yawma 'izinw-waahiyah

    16.Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),

  17. وَٱلْمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرْجَآئِهَا ۚ وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍۢ ثَمَٰنِيَةٌۭ﴿17

    Wal malaku 'alaaa arjaaa'ihaa; wa yahmilu 'Arsha Rabbika fawqahum yawma'izin samaaniyah

    17.Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.

  18. يَوْمَئِذٍۢ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَىٰ مِنكُمْ خَافِيَةٌۭ﴿18

    Yawma'izin tu'radoona laa takhfaa min kum khaafiyah

    18.Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.

  19. فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقْرَءُوا۟ كِتَٰبِيَهْ﴿19

    Fa ammaa man ootiya kitaabahoo biyameenihee fa yaqoolu haaa'umuq ra'oo kitaabiyah

    19.Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

  20. إِنِّى ظَنَنتُ أَنِّى مُلَٰقٍ حِسَابِيَهْ﴿20

    Innee zannantu annee mulaaqin hisaabiyah

    20."Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"

  21. فَهُوَ فِى عِيشَةٍۢ رَّاضِيَةٍۢ﴿21

    Fahuwa fee 'eeshatir raadiyah

    21.Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -

  22. فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍۢ﴿22

    Fee jannnatin 'aaliyah

    22.Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -

  23. قُطُوفُهَا دَانِيَةٌۭ﴿23

    Qutoofuhaa daaniyah

    23.Buah-buahannya dekat untuk dipetik.

  24. كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ هَنِيٓـًٔۢا بِمَآ أَسْلَفْتُمْ فِى ٱلْأَيَّامِ ٱلْخَالِيَةِ﴿24

    Kuloo washraboo haneee'am bimaaa aslaftum fil ayyaamil khaliyah

    24.(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"

  25. وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَٰلَيْتَنِى لَمْ أُوتَ كِتَٰبِيَهْ﴿25

    Wa ammaa man ootiya kitaabahoo bishimaalihee fa yaqoolu yaalaitanee lam oota kitaaabiyah

    25.Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -

  26. وَلَمْ أَدْرِ مَا حِسَابِيَهْ﴿26

    Wa lam adri maa hisaabiyah

    26."Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.

  27. يَٰلَيْتَهَا كَانَتِ ٱلْقَاضِيَةَ﴿27

    Yaa laitahaa kaanatil qaadiyah

    27."Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -

  28. مَآ أَغْنَىٰ عَنِّى مَالِيَهْ ۜ﴿28

    Maaa aghnaa 'annee maaliyah

    28."Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -

  29. هَلَكَ عَنِّى سُلْطَٰنِيَهْ﴿29

    Halaka 'annee sultaaniyah

    29.Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".

  30. خُذُوهُ فَغُلُّوهُ﴿30

    Khuzoohu faghullooh

    30.(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -

  31. ثُمَّ ٱلْجَحِيمَ صَلُّوهُ﴿31

    Summal Jaheema sallooh

    31."Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -

  32. ثُمَّ فِى سِلْسِلَةٍۢ ذَرْعُهَا سَبْعُونَ ذِرَاعًۭا فَٱسْلُكُوهُ﴿32

    Summa fee silsilatin zar'uhaa sab'oona ziraa'an faslukooh

    32."Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!

  33. إِنَّهُۥ كَانَ لَا يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ ٱلْعَظِيمِ﴿33

    Innahoo kaana laa yu'minubillaahil 'Azeem

    33."Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,

  34. وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ﴿34

    wa laa yahuddu 'alaa ta'aamil miskeen

    34."Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.

  35. فَلَيْسَ لَهُ ٱلْيَوْمَ هَٰهُنَا حَمِيمٌۭ﴿35

    Falaysa lahul yawma haahunaa hameem

    35."Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -

  36. وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنْ غِسْلِينٍۢ﴿36

    Wa laa ta'aamun illaa min ghisleen

    36."Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,

  37. لَّا يَأْكُلُهُۥٓ إِلَّا ٱلْخَٰطِـُٔونَ﴿37

    Laa yaakuluhooo illal khati'oon

    37."Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".

  38. فَلَآ أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ﴿38

    Falaaa uqsimu bimaa tubsiroon

    38.Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -

  39. وَمَا لَا تُبْصِرُونَ﴿39

    Wa maa laa tubsiroon

    39.Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -

  40. إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍۢ كَرِيمٍۢ﴿40

    Innahoo laqawlu Rasoolin kareem

    40.Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.

  41. وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ﴿41

    Wa ma huwa biqawli shaa'ir; qaleelam maa tu'minoon

    41.Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.

  42. وَلَا بِقَوْلِ كَاهِنٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تَذَكَّرُونَ﴿42

    Wa laa biqawli kaahin; qaleelam maa tazakkaroon

    42.Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.

  43. تَنزِيلٌۭ مِّن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿43

    Tanzeelum mir rabbil 'aalameen

    43.(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

  44. وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ ٱلْأَقَاوِيلِ﴿44

    Wa law taqawwala 'alainaa ba'dal aqaaweel

    44.Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -

  45. لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِٱلْيَمِينِ﴿45

    La-akhaznaa minhu bilyameen

    45.Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -

  46. ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ ٱلْوَتِينَ﴿46

    Summa laqata'naa minhul wateen

    46.Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);

  47. فَمَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ عَنْهُ حَٰجِزِينَ﴿47

    Famaa minkum min ahadin'anhu haajizeen

    47.Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.

  48. وَإِنَّهُۥ لَتَذْكِرَةٌۭ لِّلْمُتَّقِينَ﴿48

    Wa innahoo latazkiratul lilmuttaqeen

    48.Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.

  49. وَإِنَّا لَنَعْلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ﴿49

    Wa inna lana'lamu anna minkum mukazzibeen

    49.Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).

  50. وَإِنَّهُۥ لَحَسْرَةٌ عَلَى ٱلْكَٰفِرِينَ﴿50

    Wa innahu lahasratun 'alal kaafireen

    50.Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).

  51. وَإِنَّهُۥ لَحَقُّ ٱلْيَقِينِ﴿51

    Wa innahoo lahaqqul yaqeen

    51.Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).

  52. فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ﴿52

    Fasbbih bismi Rabbikal 'Azeem

    52.Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Al-Haaqqa?

Surah Al-Haaqqa mengandungi 52 ayat dan merupakan surah ke-69 al-Quran.

Adakah surah Al-Haaqqa Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Haaqqa ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store