NurluNurlu
Surah 37·182 ayat·Makkiyyah

Surah As-Saaffaat: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah As-Saaffaat ialah surah ke-37 al-Quran; mengandungi 182 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفًّۭا﴿1

    Wassaaaffaati saffaa

    1.Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -

  2. فَٱلزَّٰجِرَٰتِ زَجْرًۭا﴿2

    Fazzaajiraati zajraa

    2.(Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -

  3. فَٱلتَّٰلِيَٰتِ ذِكْرًا﴿3

    Fattaaliyaati Zikra

    3.(Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;

  4. إِنَّ إِلَٰهَكُمْ لَوَٰحِدٌۭ﴿4

    Inna Illaahakum la Waahid

    4.(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -

  5. رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَرَبُّ ٱلْمَشَٰرِقِ﴿5

    Rabbus samaawaati wal ardi wa maa bainahumaa wa Rabbul mashaariq

    5.Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.

  6. إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنْيَا بِزِينَةٍ ٱلْكَوَاكِبِ﴿6

    Innaa zaiyannas samaaa 'ad dunyaa bizeenatinil kawaakib

    6.Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.

  7. وَحِفْظًۭا مِّن كُلِّ شَيْطَٰنٍۢ مَّارِدٍۢ﴿7

    Wa hifzam min kulli Shaitaanim maarid

    7.Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;

  8. لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلْمَلَإِ ٱلْأَعْلَىٰ وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍۢ﴿8

    Laa yassamma 'oona ilal mala il a'alaa wa yuqzafoona min kulli jaanib

    8.(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,

  9. دُحُورًۭا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌۭ وَاصِبٌ﴿9

    Duhooranw wa lahum 'azaabunw waasib

    9.Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.

  10. إِلَّا مَنْ خَطِفَ ٱلْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُۥ شِهَابٌۭ ثَاقِبٌۭ﴿10

    Illaa man khatifal khatfata fa atba'ahoo shihaabun saaqib

    10.Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.

  11. فَٱسْتَفْتِهِمْ أَهُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَم مَّنْ خَلَقْنَآ ۚ إِنَّا خَلَقْنَٰهُم مِّن طِينٍۢ لَّازِبٍۭ﴿11

    Fastaftihim ahum ashaddu khalqan am man khalaqnaa; innaa khalaqnaahum min teenil laazib

    11.(Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).

  12. بَلْ عَجِبْتَ وَيَسْخَرُونَ﴿12

    Bal'ajibta wa yaskharoon

    12.(Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).

  13. وَإِذَا ذُكِّرُوا۟ لَا يَذْكُرُونَ﴿13

    Wa izaa zukkiroo laa yazkuroon

    13.Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.

  14. وَإِذَا رَأَوْا۟ ءَايَةًۭ يَسْتَسْخِرُونَ﴿14

    Wa izaa ra aw Aayatinw yastaskhiroon

    14.Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -

  15. وَقَالُوٓا۟ إِنْ هَٰذَآ إِلَّا سِحْرٌۭ مُّبِينٌ﴿15

    Wa qaalooo in haazaa illaa sihrum mubeen

    15.Serta mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.

  16. أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًۭا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ﴿16

    'A-izaa mitnaa wa kunnaa turaabanw wa 'izaaman 'ainnaa lamab'oosoon

    16."Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?

  17. أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ﴿17

    Awa aabaa'unal awwaloon

    17."Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?"

  18. قُلْ نَعَمْ وَأَنتُمْ دَٰخِرُونَ﴿18

    Qul na'am wa antum daakhiroon

    18.Jawablah (wahai Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina ".

  19. فَإِنَّمَا هِىَ زَجْرَةٌۭ وَٰحِدَةٌۭ فَإِذَا هُمْ يَنظُرُونَ﴿19

    Fa innamaa hiya zajra tunw waahidatun fa izaa hum yanzuroon

    19.(Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).

  20. وَقَالُوا۟ يَٰوَيْلَنَا هَٰذَا يَوْمُ ٱلدِّينِ﴿20

    Qa qaaloo yaa wailanaa haazaa Yawmud-Deen

    20.Dan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"

  21. هَٰذَا يَوْمُ ٱلْفَصْلِ ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ﴿21

    Haazaa Yawmul Faslil lazee kuntum bihee tukaziboon

    21.(Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya ".

  22. ۞ ٱحْشُرُوا۟ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ وَأَزْوَٰجَهُمْ وَمَا كَانُوا۟ يَعْبُدُونَ﴿22

    Uhshurul lazeena zalamoo wa azwaajahum wa maa kaanoo ya'budoon

    22.(Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -

  23. مِن دُونِ ٱللَّهِ فَٱهْدُوهُمْ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلْجَحِيمِ﴿23

    Min doonil laahi fahdoohum ilaa siraatil Jaheem

    23."Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.

  24. وَقِفُوهُمْ ۖ إِنَّهُم مَّسْـُٔولُونَ﴿24

    Wa qifoohum innahum mas'ooloon

    24."Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:

  25. مَا لَكُمْ لَا تَنَاصَرُونَ﴿25

    Maa lakum laa tanaasaroon

    25."Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"

  26. بَلْ هُمُ ٱلْيَوْمَ مُسْتَسْلِمُونَ﴿26

    Bal humul Yawma mustaslimoon

    26.(Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);

  27. وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۢ يَتَسَآءَلُونَ﴿27

    Wa aqbala ba'duhum 'alaa ba'diny yatasaaa'aloon

    27.Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.

  28. قَالُوٓا۟ إِنَّكُمْ كُنتُمْ تَأْتُونَنَا عَنِ ٱلْيَمِينِ﴿28

    Qaalooo innakum kuntum taatoonanaa 'anil yameen

    28.Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".

  29. قَالُوا۟ بَل لَّمْ تَكُونُوا۟ مُؤْمِنِينَ﴿29

    Qaaloo bal lam takoonoo mu'mineen

    29.Ketua-ketuanya menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!

  30. وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيْكُم مِّن سُلْطَٰنٍۭ ۖ بَلْ كُنتُمْ قَوْمًۭا طَٰغِينَ﴿30

    Wa maa kaana lanaa 'alaikum min sultaanim bal kuntum qawman taagheen

    30."Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.

  31. فَحَقَّ عَلَيْنَا قَوْلُ رَبِّنَآ ۖ إِنَّا لَذَآئِقُونَ﴿31

    Fahaqqa 'alainaa qawlu Rabbinaaa innaa lazaaa'iqoon

    31.(Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).

  32. فَأَغْوَيْنَٰكُمْ إِنَّا كُنَّا غَٰوِينَ﴿32

    Fa aghwainaakum innaa kunnaa ghaaween

    32."(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"

  33. فَإِنَّهُمْ يَوْمَئِذٍۢ فِى ٱلْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ﴿33

    Fa innahum Yawma'izin fil'azaabi mushtarikoon

    33.Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.

  34. إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفْعَلُ بِٱلْمُجْرِمِينَ﴿34

    Innaa kazaalika naf'alu bil mujrimeen

    34.Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.

  35. إِنَّهُمْ كَانُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ﴿35

    Innahum kaanooo izaa qeela lahum laaa ilaaha illal laahu yastakbiroon

    35.Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, -

  36. وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوٓا۟ ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرٍۢ مَّجْنُونٍۭ﴿36

    Wa yaqooloona a'innaa lataarikooo aalihatinaa lishaa'irim majnoon

    36.Serta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"

  37. بَلْ جَآءَ بِٱلْحَقِّ وَصَدَّقَ ٱلْمُرْسَلِينَ﴿37

    bal jaaa'a bilhaqqi wa saddaqal mursaleen

    37.(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).

  38. إِنَّكُمْ لَذَآئِقُوا۟ ٱلْعَذَابِ ٱلْأَلِيمِ﴿38

    Innakum lazaaa'iqul 'azaabil aleem

    38.Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

  39. وَمَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ﴿39

    Wa maa tujzawna illaa maa kuntum ta'maloon

    39.Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;

  40. إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ﴿40

    Illaa 'ibaadal laahil mukhlaseen

    40.Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,

  41. أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ رِزْقٌۭ مَّعْلُومٌۭ﴿41

    Ulaaa'ika lahum rizqum ma'loom

    41.Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,

  42. فَوَٰكِهُ ۖ وَهُم مُّكْرَمُونَ﴿42

    Fa waakihu wa hum mukramoon

    42.Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,

  43. فِى جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ﴿43

    Fee jannaatin Na'eem

    43.Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.

  44. عَلَىٰ سُرُرٍۢ مُّتَقَٰبِلِينَ﴿44

    'Alaa sururim mutaqaa bileen

    44.Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;

  45. يُطَافُ عَلَيْهِم بِكَأْسٍۢ مِّن مَّعِينٍۭ﴿45

    Yutaafu 'alaihim bikaasim mim ma'een

    45.Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,

  46. بَيْضَآءَ لَذَّةٍۢ لِّلشَّٰرِبِينَ﴿46

    Baidaaa'a laz zatil lish shaaribeen

    46.Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,

  47. لَا فِيهَا غَوْلٌۭ وَلَا هُمْ عَنْهَا يُنزَفُونَ﴿47

    Laa feehaa ghawlunw wa laa hum 'anhaa yunzafoon

    47.Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.

  48. وَعِندَهُمْ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ عِينٌۭ﴿48

    Wa 'indahum qaasiraatut tarfi 'een

    48.Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;

  49. كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌۭ مَّكْنُونٌۭ﴿49

    Ka annahunna baidum maknoon

    49.(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

  50. فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۢ يَتَسَآءَلُونَ﴿50

    Fa aqbala ba'duhum 'alaa badiny yatasaaa 'aloon

    50.(Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.

  51. قَالَ قَآئِلٌۭ مِّنْهُمْ إِنِّى كَانَ لِى قَرِينٌۭ﴿51

    Qaala qaaa'ilum minhum innee kaana lee qareen

    51.Seorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).

  52. يَقُولُ أَءِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُصَدِّقِينَ﴿52

    Yaqoolu a'innnaka laminal musaddiqeen

    52."katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?

  53. أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًۭا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَدِينُونَ﴿53

    'A-izaa mitnaa wa kunnaa turaabanw wa 'izaaman 'ainnaa lamadeenoon

    53."Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " '

  54. قَالَ هَلْ أَنتُم مُّطَّلِعُونَ﴿54

    Qaala hal antum muttali'oon

    54.(Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"

  55. فَٱطَّلَعَ فَرَءَاهُ فِى سَوَآءِ ٱلْجَحِيمِ﴿55

    Fattala'a fara aahu fee sawaaa'il Jaheem

    55.Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.

  56. قَالَ تَٱللَّهِ إِن كِدتَّ لَتُرْدِينِ﴿56

    Qaala tallaahi in kitta laturdeen

    56.Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.

  57. وَلَوْلَا نِعْمَةُ رَبِّى لَكُنتُ مِنَ ٱلْمُحْضَرِينَ﴿57

    Wa law laa ni'matu Rabbee lakuntu minal muhdareen

    57."Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) ".

  58. أَفَمَا نَحْنُ بِمَيِّتِينَ﴿58

    Afamaa nahnu bimaiyiteen

    58.(Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -

  59. إِلَّا مَوْتَتَنَا ٱلْأُولَىٰ وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ﴿59

    Illa mawtatanal oola wa maa nahnu bimu'azzabeen

    59."Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"

  60. إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ﴿60

    Inna haazaa falya'ma lil'aamiloon

    60.Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.

  61. لِمِثْلِ هَٰذَا فَلْيَعْمَلِ ٱلْعَٰمِلُونَ﴿61

    Limisli haaza falya'ma lil 'aamiloon

    61.Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).

  62. أَذَٰلِكَ خَيْرٌۭ نُّزُلًا أَمْ شَجَرَةُ ٱلزَّقُّومِ﴿62

    Azaalika khairun nuzulan am shajaratuz Zaqqom

    62.Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?

  63. إِنَّا جَعَلْنَٰهَا فِتْنَةًۭ لِّلظَّٰلِمِينَ﴿63

    Innaa ja'alnaahaa fitnatal lizzaalimeen

    63.Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).

  64. إِنَّهَا شَجَرَةٌۭ تَخْرُجُ فِىٓ أَصْلِ ٱلْجَحِيمِ﴿64

    Innahaa shajaratun takhruju feee aslil Jaheem

    64.Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;

  65. طَلْعُهَا كَأَنَّهُۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَٰطِينِ﴿65

    Tal'uhaa ka annahoo ru'oosush Shayaateen

    65.Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;

  66. فَإِنَّهُمْ لَءَاكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ﴿66

    Fa innahum la aakiloona minhaa famaali'oona minhal butoon

    66.Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.

  67. ثُمَّ إِنَّ لَهُمْ عَلَيْهَا لَشَوْبًۭا مِّنْ حَمِيمٍۢ﴿67

    Summa inna lahum 'alaihaa lashawbam min hameem

    67.Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.

  68. ثُمَّ إِنَّ مَرْجِعَهُمْ لَإِلَى ٱلْجَحِيمِ﴿68

    Summa inna marji'ahum la ilal Jaheem

    68.Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.

  69. إِنَّهُمْ أَلْفَوْا۟ ءَابَآءَهُمْ ضَآلِّينَ﴿69

    Innahum alfaw aabaaa'ahum daaalleen

    69.Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;

  70. فَهُمْ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمْ يُهْرَعُونَ﴿70

    Fahum 'alaa aasaarihim yuhra'oon

    70.Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.

  71. وَلَقَدْ ضَلَّ قَبْلَهُمْ أَكْثَرُ ٱلْأَوَّلِينَ﴿71

    Wa laqad dalla qablahum aksarul awwaleen

    71.Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.

  72. وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا فِيهِم مُّنذِرِينَ﴿72

    Wa laqad arsalnaa feehim munzireen

    72.Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.

  73. فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُنذَرِينَ﴿73

    Fanzur kaifa kaana 'aaqibatul munzareen

    73.Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -

  74. إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ﴿74

    Illaa 'ibaadal laahil mukhlaseen

    74.Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).

  75. وَلَقَدْ نَادَىٰنَا نُوحٌۭ فَلَنِعْمَ ٱلْمُجِيبُونَ﴿75

    Wa laqad naadaanaa Noohun falani'mal mujeeboon

    75.Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.

  76. وَنَجَّيْنَٰهُ وَأَهْلَهُۥ مِنَ ٱلْكَرْبِ ٱلْعَظِيمِ﴿76

    Wa jajainaahu wa ahlahoo minal karbil 'azeem

    76.Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.

  77. وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُۥ هُمُ ٱلْبَاقِينَ﴿77

    Wa ja'alnaa zurriyyatahoo hummul baaqeen

    77.Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).

  78. وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى ٱلْءَاخِرِينَ﴿78

    Wa taraknaa 'alaihi fil aakhireen

    78.Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

  79. سَلَٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍۢ فِى ٱلْعَٰلَمِينَ﴿79

    Salaamun 'alaa Noohin fil 'aalameen

    79."Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "

  80. إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ﴿80

    Innaa kazaalika najzil muhsineen

    80.Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

  81. إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿81

    Innahoo min 'ibaadinal mu'mineen

    81.Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

  82. ثُمَّ أَغْرَقْنَا ٱلْءَاخَرِينَ﴿82

    Summa aghraqnal aakhareen

    82.Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).

  83. ۞ وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبْرَٰهِيمَ﴿83

    Wa ina min shee'atihee la Ibraaheem

    83.Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.

  84. إِذْ جَآءَ رَبَّهُۥ بِقَلْبٍۢ سَلِيمٍ﴿84

    Iz jaaa'a Rabbahoo bi qalbin saleem

    84.Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.

  85. إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦ مَاذَا تَعْبُدُونَ﴿85

    Iz qaala li abeehi wa qawmihee maazaa ta'budoon

    85.Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?

  86. أَئِفْكًا ءَالِهَةًۭ دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ﴿86

    A'ifkan aalihatan doonal laahi tureedoon

    86."Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?

  87. فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿87

    Famaa zannukum bi Rabbil'aalameen

    87."Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"

  88. فَنَظَرَ نَظْرَةًۭ فِى ٱلنُّجُومِ﴿88

    Fanazara nazratan finnujoom

    88.Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),

  89. فَقَالَ إِنِّى سَقِيمٌۭ﴿89

    Faqaala inee saqeem

    89.Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".

  90. فَتَوَلَّوْا۟ عَنْهُ مُدْبِرِينَ﴿90

    Fatawallaw 'anhu mudbireen

    90.Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.

  91. فَرَاغَ إِلَىٰٓ ءَالِهَتِهِمْ فَقَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ﴿91

    Faraagha ilaaa aalihatihim faqaala alaa taakuloon

    91.Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?

  92. مَا لَكُمْ لَا تَنطِقُونَ﴿92

    Maa lakum laa tantiqoon

    92."Mengapa kamu tidak menjawab?"

  93. فَرَاغَ عَلَيْهِمْ ضَرْبًۢا بِٱلْيَمِينِ﴿93

    Faraagha 'alaihim darbam bilyameen

    93.Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).

  94. فَأَقْبَلُوٓا۟ إِلَيْهِ يَزِفُّونَ﴿94

    Fa aqbalooo ilaihi yaziffoon

    94.(Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.

  95. قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ﴿95

    Qaala ata'budoona maa tanhitoon

    95.(Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?

  96. وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ﴿96

    Wallaahu khalaqakum wa maa ta'maloon

    96."Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

  97. قَالُوا۟ ٱبْنُوا۟ لَهُۥ بُنْيَٰنًۭا فَأَلْقُوهُ فِى ٱلْجَحِيمِ﴿97

    Qaalub noo lahoo bun yaanan fa alqoohu fil jaheem

    97.(Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".

  98. فَأَرَادُوا۟ بِهِۦ كَيْدًۭا فَجَعَلْنَٰهُمُ ٱلْأَسْفَلِينَ﴿98

    Fa araadoo bihee kaidan faja 'alnaahumul asfaleen

    98.Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).

  99. وَقَالَ إِنِّى ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّى سَيَهْدِينِ﴿99

    Wa qaala innee zaahibun ilaa Rabbee sa yahdeen

    99.Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).

  100. رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ﴿100

    Rabbi hab lee minas saaliheen

    100." Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

  101. فَبَشَّرْنَٰهُ بِغُلَٰمٍ حَلِيمٍۢ﴿101

    Fabashsharnaahu bighulaamin haleem

    101.Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

  102. فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ﴿102

    Falamma balagha ma'a hus sa'ya qaala yaa buniya inneee araa fil manaami anneee azbahuka fanzur maazaa taraa; qaala yaaa abatif 'al maa tu'maru satajidunee in shaaa'allaahu minas saabireen

    102.Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

  103. فَلَمَّآ أَسْلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلْجَبِينِ﴿103

    Falammaaa aslamaa wa tallahoo liljabeen

    103.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),

  104. وَنَٰدَيْنَٰهُ أَن يَٰٓإِبْرَٰهِيمُ﴿104

    Wa naadainaahu ai yaaaa Ibraheem

    104.Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

  105. قَدْ صَدَّقْتَ ٱلرُّءْيَآ ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ﴿105

    Qad saddaqtar ru'yaa; innaa kazaalika najzil muhsineen

    105."Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

  106. إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلْبَلَٰٓؤُا۟ ٱلْمُبِينُ﴿106

    Inna haazaa lahuwal balaaa'ul mubeen

    106.Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;

  107. وَفَدَيْنَٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍۢ﴿107

    Wa fadainaahu bizibhin 'azeem

    107.Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

  108. وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى ٱلْءَاخِرِينَ﴿108

    Wa taraknaa 'alaihi fil aakhireen

    108.Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

  109. سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ﴿109

    Salaamun 'alaaa Ibraaheem

    109."Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".

  110. كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ﴿110

    Kazaalika najzil muhsineen

    110.Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

  111. إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿111

    Innahoo min 'ibaadinal mu'mineen

    111.Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

  112. وَبَشَّرْنَٰهُ بِإِسْحَٰقَ نَبِيًّۭا مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ﴿112

    Wa bashsharnaahu bi Ishaaqa Nabiyayam minas saaliheen

    112.Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

  113. وَبَٰرَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلَىٰٓ إِسْحَٰقَ ۚ وَمِن ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌۭ وَظَالِمٌۭ لِّنَفْسِهِۦ مُبِينٌۭ﴿113

    Wa baaraknaa 'alaihi wa 'alaaa Ishaaq; wa min zurriyya tihimaa muhsinunw wa zaalimul linafshihee mubeen

    113.Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.

  114. وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ﴿114

    Wa laqad mananna alaa Moosaa wa Haaroon

    114.Dan demi sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.

  115. وَنَجَّيْنَٰهُمَا وَقَوْمَهُمَا مِنَ ٱلْكَرْبِ ٱلْعَظِيمِ﴿115

    Wa najjainaahumaa wa qawmahumaa minal karbil 'azeem

    115.Dan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar;

  116. وَنَصَرْنَٰهُمْ فَكَانُوا۟ هُمُ ٱلْغَٰلِبِينَ﴿116

    Wa nasarnaahum fakaanoo humul ghaalibeen

    116.Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya);

  117. وَءَاتَيْنَٰهُمَا ٱلْكِتَٰبَ ٱلْمُسْتَبِينَ﴿117

    Wa aatainaahumal Kitaabal mustabeen

    117.Dan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya;

  118. وَهَدَيْنَٰهُمَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ﴿118

    Wa hadainaahumus Siraatal Mustaqeem

    118.Dan Kami berikan hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus.

  119. وَتَرَكْنَا عَلَيْهِمَا فِى ٱلْءَاخِرِينَ﴿119

    Wa taraknaa 'alaihimaa fil aakhireen

    119.Dan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

  120. سَلَٰمٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ﴿120

    Salaamun 'alaa Moosaa wa Haaroon

    120."Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"

  121. إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ﴿121

    Innaa kazaalika najzil muhsineen

    121.Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

  122. إِنَّهُمَا مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿122

    Innahumaa min 'ibaadinal mu'mineen

    122.Sesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman.

  123. وَإِنَّ إِلْيَاسَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ﴿123

    Wa inna Ilyaasa laminal mursaleen

    123.Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

  124. إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِۦٓ أَلَا تَتَّقُونَ﴿124

    Iz qaala liqawmiheee alaa tattaqoon

    124.(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.

  125. أَتَدْعُونَ بَعْلًۭا وَتَذَرُونَ أَحْسَنَ ٱلْخَٰلِقِينَ﴿125

    Atad'oona Ba'lanw wa tazaroona ahsanal khaaliqeen

    125."Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?

  126. ٱللَّهَ رَبَّكُمْ وَرَبَّ ءَابَآئِكُمُ ٱلْأَوَّلِينَ﴿126

    Allaaha Rabbakum wa Rabba aabaaa'ikumul awwaleen

    126."Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"

  127. فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ﴿127

    Fakazzaboohu fa inna hum lamuhdaroon

    127.Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),

  128. إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ﴿128

    Illaa 'ibaadal laahil mukhlaseen

    128.Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).

  129. وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى ٱلْءَاخِرِينَ﴿129

    Wa taraknaa 'alaihi fil aakhireen

    129.Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

  130. سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِلْ يَاسِينَ﴿130

    Salaamun 'alaaa Ilyaaseen

    130."Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!"

  131. إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ﴿131

    Innaa kazaalika najzil muhsineen

    131.Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

  132. إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿132

    Innahoo min 'ibaadinal mu'mineen

    132.Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

  133. وَإِنَّ لُوطًۭا لَّمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ﴿133

    Wa inna Lootal laminal mursaleen

    133.Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

  134. إِذْ نَجَّيْنَٰهُ وَأَهْلَهُۥٓ أَجْمَعِينَ﴿134

    Iz najjainaahu wa ahlahooo ajma'een

    134.(ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,

  135. إِلَّا عَجُوزًۭا فِى ٱلْغَٰبِرِينَ﴿135

    Illaa 'ajoozan fil ghaabireen

    135.Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.

  136. ثُمَّ دَمَّرْنَا ٱلْءَاخَرِينَ﴿136

    Summa dammarnal aakhareen

    136.Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).

  137. وَإِنَّكُمْ لَتَمُرُّونَ عَلَيْهِم مُّصْبِحِينَ﴿137

    Wa innakum latamurroona 'alaihim musbiheen

    137.Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.

  138. وَبِٱلَّيْلِ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ﴿138

    Wa billail; afalaa ta'qiloon

    138.Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.

  139. وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ﴿139

    Wa inna Yoonusa laminal mursaleen

    139.Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

  140. إِذْ أَبَقَ إِلَى ٱلْفُلْكِ ٱلْمَشْحُونِ﴿140

    Iz abaqa ilal fulkil mash hoon

    140.(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.

  141. فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ ٱلْمُدْحَضِينَ﴿141

    Fasaahama fakaana minal mudhadeen

    141.(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).

  142. فَٱلْتَقَمَهُ ٱلْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌۭ﴿142

    Faltaqamahul hootu wa huwa muleem

    142.Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.

  143. فَلَوْلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلْمُسَبِّحِينَ﴿143

    Falaw laaa annahoo kaana minal musabbiheen

    143.Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),

  144. لَلَبِثَ فِى بَطْنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ﴿144

    Lalabisa fee batniheee ilaa Yawmi yub'asoon

    144.Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.

  145. ۞ فَنَبَذْنَٰهُ بِٱلْعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيمٌۭ﴿145

    Fanabaznaahu bil'araaa'i wa huwa saqeem

    145.Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.

  146. وَأَنۢبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةًۭ مِّن يَقْطِينٍۢ﴿146

    Wa ambatnaa 'alaihi shajaratam mai yaqteen

    146.Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.

  147. وَأَرْسَلْنَٰهُ إِلَىٰ مِا۟ئَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ﴿147

    Wa arsalnaahu ilaa mi'ati alfin aw yazeedoon

    147.Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.

  148. فَـَٔامَنُوا۟ فَمَتَّعْنَٰهُمْ إِلَىٰ حِينٍۢ﴿148

    Fa aamanoo famatta' naahum ilaa heen

    148.(Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).

  149. فَٱسْتَفْتِهِمْ أَلِرَبِّكَ ٱلْبَنَاتُ وَلَهُمُ ٱلْبَنُونَ﴿149

    Fastaftihim ali Rabbikal banaatu wa lahumul banoon

    149.(Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?

  150. أَمْ خَلَقْنَا ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ إِنَٰثًۭا وَهُمْ شَٰهِدُونَ﴿150

    Am khalaqnal malaaa'i kata inaasanw wa hm shaahidoon

    150.Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?

  151. أَلَآ إِنَّهُم مِّنْ إِفْكِهِمْ لَيَقُولُونَ﴿151

    Alaaa innahum min ifkihim la yaqooloon

    151.Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:

  152. وَلَدَ ٱللَّهُ وَإِنَّهُمْ لَكَٰذِبُونَ﴿152

    Waladal laahu wa innhum lakaaziboon

    152."Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!

  153. أَصْطَفَى ٱلْبَنَاتِ عَلَى ٱلْبَنِينَ﴿153

    Astafal banaati 'alal baneen

    153.(Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?

  154. مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ﴿154

    Maa lakum kaifa tahkumoon

    154.Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?

  155. أَفَلَا تَذَكَّرُونَ﴿155

    Afalaa tazakkaroon

    155.Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?

  156. أَمْ لَكُمْ سُلْطَٰنٌۭ مُّبِينٌۭ﴿156

    Am lakum sultaanum mubeen

    156.Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?

  157. فَأْتُوا۟ بِكِتَٰبِكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ﴿157

    Faatoo bi Kitaabikum in kuntum saadiqeen

    157.(Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.

  158. وَجَعَلُوا۟ بَيْنَهُۥ وَبَيْنَ ٱلْجِنَّةِ نَسَبًۭا ۚ وَلَقَدْ عَلِمَتِ ٱلْجِنَّةُ إِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ﴿158

    Wa ja'aloo bainahoo wa bainal jinnati nasabaa; wa laqad 'alimatil jinnatu innahum lamuhdaroon

    158.(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).

  159. سُبْحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ﴿159

    Subhaanal laahi 'ammaa yasifoon

    159.Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!

  160. إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ﴿160

    Illaa 'ibaadal laahil mukhlaseen

    160.Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).

  161. فَإِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ﴿161

    Fa innakum wa maa ta'ubdoon

    161.Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.

  162. مَآ أَنتُمْ عَلَيْهِ بِفَٰتِنِينَ﴿162

    Maaa antum 'alaihi befaaatineen

    162.Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,

  163. إِلَّا مَنْ هُوَ صَالِ ٱلْجَحِيمِ﴿163

    Illaa man huwa saalil jaheem

    163.kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.

  164. وَمَا مِنَّآ إِلَّا لَهُۥ مَقَامٌۭ مَّعْلُومٌۭ﴿164

    Wa maa minnasa illaa lahoo maqaamum ma'loom

    164.(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);

  165. وَإِنَّا لَنَحْنُ ٱلصَّآفُّونَ﴿165

    Wa innaa llanah nus saaffoon

    165."Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),

  166. وَإِنَّا لَنَحْنُ ٱلْمُسَبِّحُونَ﴿166

    Wa innaa lanah nul musabbihoon

    166."Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"

  167. وَإِن كَانُوا۟ لَيَقُولُونَ﴿167

    Wa in kaanoo la yaqooloon

    167.Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:

  168. لَوْ أَنَّ عِندَنَا ذِكْرًۭا مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ﴿168

    Law anna 'indana zikram minal awwaleen

    168."Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu

  169. لَكُنَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ﴿169

    Lakunna 'ibaadal laahil mukhlaseen

    169."Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"

  170. فَكَفَرُوا۟ بِهِۦ ۖ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ﴿170

    Fakafaroo bihee fasawfa ya'lamoon

    170.(Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).

  171. وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلْمُرْسَلِينَ﴿171

    Wa laqad sabaqat Kalimatunaa li'ibaadinal mursa leen

    171.Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -

  172. إِنَّهُمْ لَهُمُ ٱلْمَنصُورُونَ﴿172

    Innaa hum lahumul mansooroon

    172.Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan

  173. وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلْغَٰلِبُونَ﴿173

    Wa inna jundana lahumul ghaaliboon

    173.Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).

  174. فَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّىٰ حِينٍۢ﴿174

    Fatawalla 'anhum hatta heen

    174.Oleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.

  175. وَأَبْصِرْهُمْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ﴿175

    Wa absirhum fasawfa yubsiroon

    175.Dan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).

  176. أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ﴿176

    Afabi'azaabinaa yasta'jiloon

    176.Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!

  177. فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمْ فَسَآءَ صَبَاحُ ٱلْمُنذَرِينَ﴿177

    Fa izaa nazala bisaahatihim fasaaa'a sabaahul munzareen

    177.Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.

  178. وَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّىٰ حِينٍۢ﴿178

    Wa tawalla 'anhum hattaa heen

    178.Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.

  179. وَأَبْصِرْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ﴿179

    Wa absir fasawfa yubsiroon

    179.Dan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.

  180. سُبْحَٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ﴿180

    Subhaana Rabbika Rabbil 'izzati 'amma yasifoon

    180.Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan!

  181. وَسَلَٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ﴿181

    Wa salaamun 'alalmursaleen

    181.Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.

  182. وَٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿182

    Walhamdu lillaahi Rabbil 'aalameen

    182.Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah As-Saaffaat?

Surah As-Saaffaat mengandungi 182 ayat dan merupakan surah ke-37 al-Quran.

Adakah surah As-Saaffaat Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah As-Saaffaat ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store