NurluNurlu
Surah 26·227 ayat·Makkiyyah

Surah Ash-Shu'araa: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Ash-Shu'araa ialah surah ke-26 al-Quran; mengandungi 227 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. طسٓمٓ﴿1

    Taa-Seeen-Meeem

    1.Taa, Siin, Miim.

  2. تِلْكَ ءَايَٰتُ ٱلْكِتَٰبِ ٱلْمُبِينِ﴿2

    Tilka Aayaatul Kitaabil Mubeen

    2.Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.

  3. لَعَلَّكَ بَٰخِعٌۭ نَّفْسَكَ أَلَّا يَكُونُوا۟ مُؤْمِنِينَ﴿3

    La'allaka baakhi'un nafsaka allaa yakoonoo mu'mineen

    3.Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.

  4. إِن نَّشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ ءَايَةًۭ فَظَلَّتْ أَعْنَٰقُهُمْ لَهَا خَٰضِعِينَ﴿4

    In nashaa nunazzil 'alaihim minas samaaa'i Aayatan fazallat a'naaquhum lahaa khaadi'een

    4.Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.

  5. وَمَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍۢ مِّنَ ٱلرَّحْمَٰنِ مُحْدَثٍ إِلَّا كَانُوا۟ عَنْهُ مُعْرِضِينَ﴿5

    Wa maa yaateehim min zikrim minar Rahmaani muhdasin illaa kaanoo 'anhu mu'rideen

    5.Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.

  6. فَقَدْ كَذَّبُوا۟ فَسَيَأْتِيهِمْ أَنۢبَٰٓؤُا۟ مَا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ﴿6

    Faqad kazzaboo fasa yaateehim ambaaa'u maa kaanoo bihee yastahzi'oon

    6.Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.

  7. أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلْأَرْضِ كَمْ أَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍۢ كَرِيمٍ﴿7

    Awa lam yaraw ilal ardi kam ambatnaa feehaa min kulli zawjin kareem

    7.Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?

  8. إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ﴿8

    Inn fee zaalika la Aayah; wa maa kaana aksaruhum mu'mineen

    8.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.

  9. وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ﴿9

    Wa inna Rabbaka la Huwal 'Azeezur Raheem

    9.Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

  10. وَإِذْ نَادَىٰ رَبُّكَ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱئْتِ ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ﴿10

    Wa iz naadaa Rabbuka Moosaaa ani'-til qawmaz zaalimeen

    10.Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -

  11. قَوْمَ فِرْعَوْنَ ۚ أَلَا يَتَّقُونَ﴿11

    Qawma Fir'awn; alaa yattaqoon

    11."Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"

  12. قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ﴿12

    Qaala Rabbi inneee akhaafu ai yukazziboon

    12.Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.

  13. وَيَضِيقُ صَدْرِى وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِى فَأَرْسِلْ إِلَىٰ هَٰرُونَ﴿13

    Wa yadeequ sadree wa laa yantaliqu lisaanee fa arsil ilaa Haaroon

    13."Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).

  14. وَلَهُمْ عَلَىَّ ذَنۢبٌۭ فَأَخَافُ أَن يَقْتُلُونِ﴿14

    Wa lahum 'alaiya zambun fa akhaafu ai yaqtuloon

    14."Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".

  15. قَالَ كَلَّا ۖ فَٱذْهَبَا بِـَٔايَٰتِنَآ ۖ إِنَّا مَعَكُم مُّسْتَمِعُونَ﴿15

    Qaala kallaa fazhabaa bi Aayaatinaaa innaa ma'akum mustami'oon

    15.Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.

  16. فَأْتِيَا فِرْعَوْنَ فَقُولَآ إِنَّا رَسُولُ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿16

    Faatiyaa Fir'awna faqoolaaa innaa Rasoolu Rabbil 'aalameen

    16."Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.

  17. أَنْ أَرْسِلْ مَعَنَا بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ﴿17

    An arsil ma'anaa Baneee Israaa'eel

    17."Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".

  18. قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًۭا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ﴿18

    Qaala alam nurabbika feenaa waleedanw wa labista feenaa min 'umurika sineen

    18.Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?

  19. وَفَعَلْتَ فَعْلَتَكَ ٱلَّتِى فَعَلْتَ وَأَنتَ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ﴿19

    Wa fa'alta fa'latakal latee fa'alta wa anta minal kaafireen

    19."Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"

  20. قَالَ فَعَلْتُهَآ إِذًۭا وَأَنَا۠ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ﴿20

    Qaala fa'altuhaaa izanw wa ana minad daaaleen

    20.Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.

  21. فَفَرَرْتُ مِنكُمْ لَمَّا خِفْتُكُمْ فَوَهَبَ لِى رَبِّى حُكْمًۭا وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ﴿21

    Fafarartu minkum lam maa khiftukum fawahaba lee Rabbee hukmanw wa ja'alanee minal mursaleen

    21."Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.

  22. وَتِلْكَ نِعْمَةٌۭ تَمُنُّهَا عَلَىَّ أَنْ عَبَّدتَّ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ﴿22

    Wa tilka ni'matun tamun nuhaa 'alaiya an 'abbatta Baneee Israaa'eel

    22."Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.

  23. قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿23

    Qaala Fir'awnu wa maa Rabbul 'aalameen

    23.Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"

  24. قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَآ ۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ﴿24

    Qaala Rabbus samaawaati wal ardi wa maa bainahumaa in kuntum mooqineen

    24.Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".

  25. قَالَ لِمَنْ حَوْلَهُۥٓ أَلَا تَسْتَمِعُونَ﴿25

    Qaala liman hawlahooo alaa tastami'oon

    25.Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?"

  26. قَالَ رَبُّكُمْ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلْأَوَّلِينَ﴿26

    Qaala Rabbukum wa Rabbu aabaaa'ikumul awwaleen

    26.Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."

  27. قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ ٱلَّذِىٓ أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌۭ﴿27

    Qaala inna Rasoolakumul lazee ursila ilaikum lamajnoon

    27.Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"

  28. قَالَ رَبُّ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَمَا بَيْنَهُمَآ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ﴿28

    Qaala Rabbul mashriqi wal maghribi wa maa baina humaa in kuntum ta'qiloon

    28.Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"

  29. قَالَ لَئِنِ ٱتَّخَذْتَ إِلَٰهًا غَيْرِى لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ ٱلْمَسْجُونِينَ﴿29

    Qaala la'init takhazta ilaahan ghairee la aj'alannaka minal masjooneen

    29.Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".

  30. قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكَ بِشَىْءٍۢ مُّبِينٍۢ﴿30

    Qaala awalw ji'tuka bishai'im mubeen

    30.Nabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"

  31. قَالَ فَأْتِ بِهِۦٓ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ﴿31

    Qaala faati biheee in kunta minas saadiqeen

    31.Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

  32. فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ ثُعْبَانٌۭ مُّبِينٌۭ﴿32

    Fa alqaa 'asaahu fa izaaa hiya su'baanum mubeen

    32.Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.

  33. وَنَزَعَ يَدَهُۥ فَإِذَا هِىَ بَيْضَآءُ لِلنَّٰظِرِينَ﴿33

    Wa naza'a yadahoo faizaa hiya baidaaa'u linnaa zireen

    33.Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

  34. قَالَ لِلْمَلَإِ حَوْلَهُۥٓ إِنَّ هَٰذَا لَسَٰحِرٌ عَلِيمٌۭ﴿34

    Qaala lilmala-i hawlahooo inna haazaa lasaahirun 'aleem

    34.Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.

  35. يُرِيدُ أَن يُخْرِجَكُم مِّنْ أَرْضِكُم بِسِحْرِهِۦ فَمَاذَا تَأْمُرُونَ﴿35

    Yureedu ai yukhrijakum min ardikum bisihrihee famaazaa taamuroon

    35."Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?"

  36. قَالُوٓا۟ أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَٱبْعَثْ فِى ٱلْمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ﴿36

    Qaalooo arjih wa akhaahu wab'as filmadaaa'ini haashireen

    36.Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),

  37. يَأْتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٍۢ﴿37

    Yaatooka bikulli sah haarin 'aleem

    37."Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".

  38. فَجُمِعَ ٱلسَّحَرَةُ لِمِيقَٰتِ يَوْمٍۢ مَّعْلُومٍۢ﴿38

    Fa jumi'as saharatu limeeqaati Yawmim ma'loom

    38.Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.

  39. وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلْ أَنتُم مُّجْتَمِعُونَ﴿39

    Wa qeela linnaasi hal antum mujtami'oon

    39.Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.

  40. لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ ٱلسَّحَرَةَ إِن كَانُوا۟ هُمُ ٱلْغَٰلِبِينَ﴿40

    La'allanaa nattabi'us saharata in kaanoo humul ghaalibeen

    40."Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".

  41. فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالُوا۟ لِفِرْعَوْنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجْرًا إِن كُنَّا نَحْنُ ٱلْغَٰلِبِينَ﴿41

    Falammaa jaaa'as saharatu qaaloo li Fir'awna a'inna lanaa la ajjran in kunnaa nahnul ghaalibeen

    41.Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"

  42. قَالَ نَعَمْ وَإِنَّكُمْ إِذًۭا لَّمِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ﴿42

    Qaala na'am wa innakum izal laminal muqarrabeen

    42.Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".

  43. قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلْقُوا۟ مَآ أَنتُم مُّلْقُونَ﴿43

    Qaala lahum Moosaaa alqoo maaa antum mulqoon

    43.Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan".

  44. فَأَلْقَوْا۟ حِبَالَهُمْ وَعِصِيَّهُمْ وَقَالُوا۟ بِعِزَّةِ فِرْعَوْنَ إِنَّا لَنَحْنُ ٱلْغَٰلِبُونَ﴿44

    Fa alqaw hibaalahum wa 'isiyyahum wa qaaloo bi'izzati Fir'awna innaa lanahnul ghaaliboon

    44.Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang".

  45. فَأَلْقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ﴿45

    Fa alqaa Moosaa 'asaahu fa izaa hiya talqafu maa yaafikoon

    45.Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

  46. فَأُلْقِىَ ٱلسَّحَرَةُ سَٰجِدِينَ﴿46

    Fa ulqiyas saharatu saajideen

    46.Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,

  47. قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿47

    Qaalooo aamannaa bi Rabbil 'aalameen

    47.Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,

  48. رَبِّ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ﴿48

    Rabbi Moosaa wa Haaroon

    48."Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".

  49. قَالَ ءَامَنتُمْ لَهُۥ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِى عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحْرَ فَلَسَوْفَ تَعْلَمُونَ ۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَٰفٍۢ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ﴿49

    Qaala aamantum lahoo qabla an aazana lakum innahoo lakabeerukumul lazee 'alla makumus sihra falasawfa ta'lamoon; la uqatti'anna aidiyakum wa arjulakum min khilaafinw wa la usallibanna kum ajma'een

    49.Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".

  50. قَالُوا۟ لَا ضَيْرَ ۖ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ﴿50

    Qaaloo la daira innaaa ilaa Rabbinaa munqalliboon

    50.Mereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.

  51. إِنَّا نَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَٰيَٰنَآ أَن كُنَّآ أَوَّلَ ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿51

    Innaa natma'u ai yaghfira lanaa Rabbunna khataa yaanaaa an kunnaaa awwalal mu'mineen

    51."Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".

  52. ۞ وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِىٓ إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ﴿52

    Wa awhainaaa ilaa Moosaaa an asri bi'ibaadeee innakum muttaba'oon

    52.(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".

  53. فَأَرْسَلَ فِرْعَوْنُ فِى ٱلْمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ﴿53

    Fa arsala Fir'awnu filmadaaa'ini haashireen

    53.(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),

  54. إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ لَشِرْذِمَةٌۭ قَلِيلُونَ﴿54

    Inna haaa'ulaaa'i lashir zimatun qaleeloon

    54.(Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,

  55. وَإِنَّهُمْ لَنَا لَغَآئِظُونَ﴿55

    Wa innahum lanaa laghaaa'izoon

    55."Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.

  56. وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَٰذِرُونَ﴿56

    Wa innaa lajamee'un haaziroon

    56."Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".

  57. فَأَخْرَجْنَٰهُم مِّن جَنَّٰتٍۢ وَعُيُونٍۢ﴿57

    Fa akhrajnaahum min Jannaatinw wa 'uyoon

    57.Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,

  58. وَكُنُوزٍۢ وَمَقَامٍۢ كَرِيمٍۢ﴿58

    Wa kunoozinw wa ma qaamin kareem

    58.Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.

  59. كَذَٰلِكَ وَأَوْرَثْنَٰهَا بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ﴿59

    Kazaalika wa awrasnaahaa Baneee Israaa'eel

    59.Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.

  60. فَأَتْبَعُوهُم مُّشْرِقِينَ﴿60

    Fa atba'oohum mushriqeen

    60.Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.

  61. فَلَمَّا تَرَٰٓءَا ٱلْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدْرَكُونَ﴿61

    Falammaa taraaa'al jam'aani qaala as haabu Moosaaa innaa lamudrakoon

    61.Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".

  62. قَالَ كَلَّآ ۖ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَهْدِينِ﴿62

    Qaala kallaaa inna ma'iya Rabbee sa yahdeen

    62.Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".

  63. فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَ ۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍۢ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ﴿63

    Fa awhainaaa ilaa Moosaaa anidrib bi'asaakal bahra fanfalaqa fakaana kullu firqin kattawdil 'azeem

    63.Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

  64. وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ ٱلْءَاخَرِينَ﴿64

    Wa azlafnaa sammal aakhareen

    64.Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.

  65. وَأَنجَيْنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥٓ أَجْمَعِينَ﴿65

    Wa anjainaa Moosaa wa mam ma'ahooo ajma'een

    65.Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.

  66. ثُمَّ أَغْرَقْنَا ٱلْءَاخَرِينَ﴿66

    Summa aghraqnal aakhareen

    66.Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).

  67. إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ﴿67

    Inna fee zaalika la Aayaah; wa maa kaana aksaru hu mu'mineen

    67.Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.

  68. وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ﴿68

    Wa inna Rabbaka la Huwal 'Azeezur Raheem

    68.Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

  69. وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ إِبْرَٰهِيمَ﴿69

    Watlu 'alaihim naba-a Ibraaheem

    69.Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.

  70. إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦ مَا تَعْبُدُونَ﴿70

    Iz qaala li abeehi wa qawmihee maa ta'budoon

    70.Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"

  71. قَالُوا۟ نَعْبُدُ أَصْنَامًۭا فَنَظَلُّ لَهَا عَٰكِفِينَ﴿71

    Qaaloo na'budu asnaaman fanazallu lahaa 'aakifeen

    71.Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".

  72. قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ﴿72

    Qaala hal yasma'oona kum iz tad'oon

    72.Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?

  73. أَوْ يَنفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ﴿73

    Aw yanfa'oonakum aw yadurroon

    73."Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"

  74. قَالُوا۟ بَلْ وَجَدْنَآ ءَابَآءَنَا كَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ﴿74

    Qaaloo bal wajadnaaa aabaaa 'anaa kazaalika yaf'aloon

    74.Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".

  75. قَالَ أَفَرَءَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ﴿75

    Qaala afara 'aitum maa kuntum ta'budoon

    75.Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -

  76. أَنتُمْ وَءَابَآؤُكُمُ ٱلْأَقْدَمُونَ﴿76

    Antum wa aabaaa'ukumul aqdamoon

    76."(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?

  77. فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّۭ لِّىٓ إِلَّا رَبَّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿77

    Fa innahum 'aduwwwul leee illaa Rabbal 'aalameen

    77."(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;

  78. ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَهْدِينِ﴿78

    Allazee khalaqanee fa Huwa yahdeen

    78."Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

  79. وَٱلَّذِى هُوَ يُطْعِمُنِى وَيَسْقِينِ﴿79

    Wallazee Huwa yut'imunee wa yasqeen

    79."Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

  80. وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ﴿80

    Wa izaa mardtu fahuwa yashfeen

    80."Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

  81. وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحْيِينِ﴿81

    Wallazee yumeetunee summa yuhyeen

    81."Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

  82. وَٱلَّذِىٓ أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوْمَ ٱلدِّينِ﴿82

    Wallazeee atma'u ai yaghfira lee khateee' atee Yawmad Deen

    82."Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

  83. رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًۭا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّٰلِحِينَ﴿83

    Rabbi hab lee hukmanw wa alhiqnee bis saaliheen

    83."Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

  84. وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍۢ فِى ٱلْءَاخِرِينَ﴿84

    Waj'al lee lisaana sidqin fil aakhireen

    84."Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

  85. وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ﴿85

    Waj'alnee minw warasati Jannnatin Na'eem

    85."Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;

  86. وَٱغْفِرْ لِأَبِىٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ﴿86

    Waghfir li abeee innahoo kaana mind daalleen

    86."Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;

  87. وَلَا تُخْزِنِى يَوْمَ يُبْعَثُونَ﴿87

    Wa laa tukhzinee Yawma yub'asoon

    87."Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

  88. يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌۭ وَلَا بَنُونَ﴿88

    Yawma laa yanfa'u maalunw wa laa banoon

    88."Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

  89. إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍۢ سَلِيمٍۢ﴿89

    Illaa man atal laaha biqalbin saleem

    89."Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

  90. وَأُزْلِفَتِ ٱلْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ﴿90

    Wa uzlifatil Jannatu lilmuttaqeen

    90."Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,

  91. وَبُرِّزَتِ ٱلْجَحِيمُ لِلْغَاوِينَ﴿91

    Wa burrizatil Jaheemu lilghaaween

    91."Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;

  92. وَقِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ﴿92

    Wa qeela lahum aina maa kuntum ta'budoon

    92."Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -

  93. مِن دُونِ ٱللَّهِ هَلْ يَنصُرُونَكُمْ أَوْ يَنتَصِرُونَ﴿93

    Min doonil laahi hal yansuroonakum aw yantasiroon

    93.` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '

  94. فَكُبْكِبُوا۟ فِيهَا هُمْ وَٱلْغَاوُۥنَ﴿94

    Fakubkiboo feehaa hum walghaawoon

    94."Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,

  95. وَجُنُودُ إِبْلِيسَ أَجْمَعُونَ﴿95

    Wa junoodu Ibleesa ajma'oon

    95."Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.

  96. قَالُوا۟ وَهُمْ فِيهَا يَخْتَصِمُونَ﴿96

    Qaaloo wa hum feehaa yakkhtasimoon

    96."Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:

  97. تَٱللَّهِ إِن كُنَّا لَفِى ضَلَٰلٍۢ مُّبِينٍ﴿97

    Tallaahi in kunnaa lafee dalaalim mubeen

    97." ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,

  98. إِذْ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿98

    Iz nusawweekum bi Rabbil 'aalameen

    98." ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;

  99. وَمَآ أَضَلَّنَآ إِلَّا ٱلْمُجْرِمُونَ﴿99

    Wa maaa adallanaaa illal mujrimoon

    99." ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.

  100. فَمَا لَنَا مِن شَٰفِعِينَ﴿100

    Famaa lanaa min shaa fi'een

    100." ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,

  101. وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍۢ﴿101

    Wa laa sadeeqin hameem

    101." ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.

  102. فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةًۭ فَنَكُونَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿102

    Falaw anna lanaa karratan fanakoona minal mu'mineen

    102." ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "

  103. إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ﴿103

    Inna fee zaalika la Aayatanw wa maa kaana aksaruhum mu'mineen

    103.Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

  104. وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ﴿104

    Wa inna Rabbaka la Huwal 'Azeezur Raheem

    104.Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.

  105. كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ ٱلْمُرْسَلِينَ﴿105

    Kazzabat qawmu Noohinil Mursaleen

    105.(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)

  106. إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ﴿106

    Iz qaala lahum akhoohum Noohun alaa tattaqoon

    106.Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.

  107. إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ﴿107

    Innee lakum Rasoolun ameen

    107."Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

  108. فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ﴿108

    Fattaqullaaha wa atee'oon

    108." Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

  109. وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿109

    Wa maaa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa Rabbil 'aalameen

    109."Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

  110. فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ﴿110

    Fattaqul laaha wa atee'oon

    110."Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku".

  111. ۞ قَالُوٓا۟ أَنُؤْمِنُ لَكَ وَٱتَّبَعَكَ ٱلْأَرْذَلُونَ﴿111

    Qaalooo anu'minu laka wattaba 'akal arzaloon

    111.Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"

  112. قَالَ وَمَا عِلْمِى بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ﴿112

    Qaala wa maa 'ilmee bimaa kaanoo ya'maloon

    112.Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?

  113. إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّى ۖ لَوْ تَشْعُرُونَ﴿113

    In hisaabuhum illaa 'alaa Rabbee law tash'uroon

    113."Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).

  114. وَمَآ أَنَا۠ بِطَارِدِ ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿114

    Wa maaa ana bitaaridil mu'mineen

    114."Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).

  115. إِنْ أَنَا۠ إِلَّا نَذِيرٌۭ مُّبِينٌۭ﴿115

    In ana illaa nazeerum mubeen

    115."Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".

  116. قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَٰنُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمَرْجُومِينَ﴿116

    Qaaloo la'il lam tantahi yaa Noohu latakoonanna minal marjoomeen

    116.Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"

  117. قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوْمِى كَذَّبُونِ﴿117

    Qaala Rabbi inna qawmee kazzaboon

    117.Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.

  118. فَٱفْتَحْ بَيْنِى وَبَيْنَهُمْ فَتْحًۭا وَنَجِّنِى وَمَن مَّعِىَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿118

    Faftab bainee wa bai nahum fat hanw wa najjinee wa mam ma'iya minal mu'mineen

    118."Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"

  119. فَأَنجَيْنَٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ فِى ٱلْفُلْكِ ٱلْمَشْحُونِ﴿119

    Fa anjainaahu wa mamma'ahoo fil fulkil mashhoon

    119.Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).

  120. ثُمَّ أَغْرَقْنَا بَعْدُ ٱلْبَاقِينَ﴿120

    Summa aghraqnaa ba'dul baaqeen

    120.Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).

  121. إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ﴿121

    Inna fee zaalika la Aayaah; wa maa kaana aksaruhum mu'mineen

    121.Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

  122. وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ﴿122

    Wa inna Rabbaka la huwal 'Azeezur Raheem

    122.Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

  123. كَذَّبَتْ عَادٌ ٱلْمُرْسَلِينَ﴿123

    Kazzabat 'Aadunil mursaleen

    123.(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

  124. إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ﴿124

    Iz qaala lahum akhoohum Hoodun alaa tattaqoon

    124.Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

  125. إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ﴿125

    Innee lakum Rasoolun ameen

    125."Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

  126. فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ﴿126

    Fattaqullaaha wa atee'oon

    126."Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

  127. وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿127

    Wa maa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa Rabbil 'aalameen

    127."Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

  128. أَتَبْنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءَايَةًۭ تَعْبَثُونَ﴿128

    Atabnoona bikulli ree'in aayatan ta'basoon

    128."Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.

  129. وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمْ تَخْلُدُونَ﴿129

    Wa tattakhizoona masaani'a la'allakum takhludoon

    129."Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?

  130. وَإِذَا بَطَشْتُم بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ﴿130

    Wa izaa batashtum batashtum jabbaareen

    130."Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?

  131. فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ﴿131

    Fattaqul laaha wa atee'oon

    131."Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

  132. وَٱتَّقُوا۟ ٱلَّذِىٓ أَمَدَّكُم بِمَا تَعْلَمُونَ﴿132

    Wattaqul lazeee amad dakum bimaa ta'lamoon

    132."Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.

  133. أَمَدَّكُم بِأَنْعَٰمٍۢ وَبَنِينَ﴿133

    Amaddakum bi an'aa minw wa baneen

    133."Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),

  134. وَجَنَّٰتٍۢ وَعُيُونٍ﴿134

    Wa jannaatinw wa 'uyoon

    134."Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).

  135. إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍۢ﴿135

    Innee akhaafu 'alaikum 'azaaba Yawmin 'azeem

    135."Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".

  136. قَالُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْنَآ أَوَعَظْتَ أَمْ لَمْ تَكُن مِّنَ ٱلْوَٰعِظِينَ﴿136

    Qaaloo sawaaa'un 'alainaaa awa 'azta am lam takum minal waa'izeen

    136.Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.

  137. إِنْ هَٰذَآ إِلَّا خُلُقُ ٱلْأَوَّلِينَ﴿137

    In haazaaa illaa khuluqul awwaleen

    137."Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,

  138. وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ﴿138

    Wa maa nahnu bimu 'azzabeen

    138."Dan kami pula tidak akan diseksa".

  139. فَكَذَّبُوهُ فَأَهْلَكْنَٰهُمْ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ﴿139

    Fakazzaboohu fa ahlaknaahum; inna fee zaalika la aayah; wa maa kaana aksaruhum mu'mineen

    139.Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

  140. وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ﴿140

    Wa inna Rabbaka la huwal 'Azeezur Raheem

    140.Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

  141. كَذَّبَتْ ثَمُودُ ٱلْمُرْسَلِينَ﴿141

    Kazzabat Samoodul mursaleen

    141.(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),

  142. إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَٰلِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ﴿142

    Iz qaala lahum akhoohum Saalihun alaa tattaqoon

    142.Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

  143. إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ﴿143

    Innee lakum Rasoolun ameen

    143."Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

  144. فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ﴿144

    Fattaqul laaha wa atee'oon

    144."Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

  145. وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿145

    Wa maaa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa Rabbil 'aalameen

    145."Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

  146. أَتُتْرَكُونَ فِى مَا هَٰهُنَآ ءَامِنِينَ﴿146

    Atutrakoona fee maa haahunnaaa aamineen

    146."Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -

  147. فِى جَنَّٰتٍۢ وَعُيُونٍۢ﴿147

    Fee jannaatinw wa 'uyoon

    147."Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),

  148. وَزُرُوعٍۢ وَنَخْلٍۢ طَلْعُهَا هَضِيمٌۭ﴿148

    Wa zuroo inw wa nakhlin tal 'uhaa hadeem

    148."Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?

  149. وَتَنْحِتُونَ مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًۭا فَٰرِهِينَ﴿149

    Wa tanhitoona minal jibaali buyootan faariheen

    149."Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?

  150. فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ﴿150

    Fattaqul laaha wa atee'oon

    150."Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;

  151. وَلَا تُطِيعُوٓا۟ أَمْرَ ٱلْمُسْرِفِينَ﴿151

    Wa laa tutee'ooo amral musrifeen

    151."Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -

  152. ٱلَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ﴿152

    Allazeena yufsidoona fil ardi wa laa yuslihoon

    152."Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".

  153. قَالُوٓا۟ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلْمُسَحَّرِينَ﴿153

    Qaalooo innamaa anta minal musahhareen

    153.Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!

  154. مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌۭ مِّثْلُنَا فَأْتِ بِـَٔايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ﴿154

    Maaa anta illaa basharum mislunaa faati bi Aayatin in kunta minas saadiqeen

    154."Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

  155. قَالَ هَٰذِهِۦ نَاقَةٌۭ لَّهَا شِرْبٌۭ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍۢ مَّعْلُومٍۢ﴿155

    Qaala haazihee naaqatul lahaa shirbunw w alakum shirbu yawmim ma'loom

    155.Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.

  156. وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٍۢ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍۢ﴿156

    Wa laa tamassoohaa bisooo'in fa yaakhuzakum 'azaabu Yawmin 'Azeem

    156."Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".

  157. فَعَقَرُوهَا فَأَصْبَحُوا۟ نَٰدِمِينَ﴿157

    Fa'aqaroohaa fa asbahoo naadimeen

    157.Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).

  158. فَأَخَذَهُمُ ٱلْعَذَابُ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ﴿158

    Fa akhazahumul 'azaab; inna fee zaalika la Aayah; wa maa kaana aksaruhum m'mineen

    158.Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

  159. وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ﴿159

    Wa inna Rabbaka la Huwal 'Azeezur Raheem

    159.Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

  160. كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ ٱلْمُرْسَلِينَ﴿160

    kazzabat qawmu Lootinil mursaleen

    160.(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

  161. إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ﴿161

    Iz qaala lahum akhoohum Lootun alaa tattaqoon

    161.Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

  162. إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ﴿162

    Innee lakum rasoolun ameen

    162."Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

  163. فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ﴿163

    Fattaqul laaha wa atee'oon

    163."Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

  164. وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿164

    Wa maaa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa Rabbil 'aalameen

    164."Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

  165. أَتَأْتُونَ ٱلذُّكْرَانَ مِنَ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿165

    Ataatoonaz zukraana minal 'aalameen

    165."Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

  166. وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ﴿166

    Wa tazaroona maa khalaqa lakum Rabbukum min azwaajikum; bal antum qawmun 'aadoon

    166."Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"

  167. قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُخْرَجِينَ﴿167

    Qaloo la'il lam tantahi yaa Lootu latakoonanna minal mukhrajeen

    167.Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

  168. قَالَ إِنِّى لِعَمَلِكُم مِّنَ ٱلْقَالِينَ﴿168

    Qaala innee li'amalikum minal qaaleen

    168.Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

  169. رَبِّ نَجِّنِى وَأَهْلِى مِمَّا يَعْمَلُونَ﴿169

    Rabbi najjjinee wa ahlee mimmmaa ya'maloon

    169.(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

  170. فَنَجَّيْنَٰهُ وَأَهْلَهُۥٓ أَجْمَعِينَ﴿170

    Fanajjainaahu wa ahlahooo ajma'een

    170.Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya

  171. إِلَّا عَجُوزًۭا فِى ٱلْغَٰبِرِينَ﴿171

    Illaa 'ajoozan filghaabireen

    171.Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

  172. ثُمَّ دَمَّرْنَا ٱلْءَاخَرِينَ﴿172

    Summa dammarnal aa khareen

    172.Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

  173. وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًۭا ۖ فَسَآءَ مَطَرُ ٱلْمُنذَرِينَ﴿173

    Wa amtarnaa 'alaihim mataran fasaaa'a matarul munzareen

    173.Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

  174. إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ﴿174

    Inna fee zaalika la Aayah; wa maa kaana aksaruhum mu'mineen

    174.Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

  175. وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ﴿175

    Wa inna Rabbaka la Huwal 'Azeezur Raheem

    175.Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

  176. كَذَّبَ أَصْحَٰبُ لْـَٔيْكَةِ ٱلْمُرْسَلِينَ﴿176

    Kazzaba As haabul Aykatil mursaleen

    176.(Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

  177. إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ أَلَا تَتَّقُونَ﴿177

    Iz qaala lahum Shu'aybun alaa tattaqoon

    177.Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

  178. إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ﴿178

    Innee lakum Rasoolun ameen

    178."Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

  179. فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ﴿179

    Fattaqul laaha wa atee'oon

    179."Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

  180. وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿180

    Wa maaa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa Rabbil 'aalameen

    180."Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

  181. ۞ أَوْفُوا۟ ٱلْكَيْلَ وَلَا تَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُخْسِرِينَ﴿181

    Awful kaila wa laa takoonoo minal mukhsireen

    181."Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.

  182. وَزِنُوا۟ بِٱلْقِسْطَاسِ ٱلْمُسْتَقِيمِ﴿182

    Wa zinoo bilqistaasil mustaqeem

    182."Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.

  183. وَلَا تَبْخَسُوا۟ ٱلنَّاسَ أَشْيَآءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ﴿183

    Wa laa tabkhasun naasa ashyaaa 'ahum wa laa ta'saw fil ardi mufsideen

    183."Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.

  184. وَٱتَّقُوا۟ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلْجِبِلَّةَ ٱلْأَوَّلِينَ﴿184

    Wattaqul lazee khalaqakum waljibillatal awwaleen

    184."Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu".

  185. قَالُوٓا۟ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلْمُسَحَّرِينَ﴿185

    Qaalooo innamaa anta minal musahhareen

    185.Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.

  186. وَمَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌۭ مِّثْلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ ٱلْكَٰذِبِينَ﴿186

    Wa maaa anta illaa basharum mislunaa wa innazunnuka laminal kaazibeen

    186."Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.

  187. فَأَسْقِطْ عَلَيْنَا كِسَفًۭا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ﴿187

    Fa asqit 'alainaa kisafam minas samaaa'i in kunta minas saadiqeen

    187.Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"

  188. قَالَ رَبِّىٓ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ﴿188

    Qaala Rabbeee a'lamu bimaa ta'maloon

    188.Nabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan".

  189. فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمْ عَذَابُ يَوْمِ ٱلظُّلَّةِ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ﴿189

    Fakazzaboohu fa akhazahum 'azaabu Yawmiz zullah; innahoo kaana 'azaaba Yawmin 'Azeem

    189.Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).

  190. إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ﴿190

    Inna fee zaalika la Aayah; wa maa kaana aksaruhum mu'mineen

    190.Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

  191. وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ﴿191

    Wa inna Rabbaka la huwal 'Azeezur Raheem

    191.Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

  192. وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿192

    Wa innahoo latanzeelu Rabbil 'aalameen

    192.Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

  193. نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلْأَمِينُ﴿193

    Nazala bihir Roohul Ameen

    193.Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.

  194. عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلْمُنذِرِينَ﴿194

    'Alaa qalbika litakoona minal munzireen

    194.Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

  195. بِلِسَانٍ عَرَبِىٍّۢ مُّبِينٍۢ﴿195

    Bilisaanin 'Arabiyyim mubeen

    195.(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

  196. وَإِنَّهُۥ لَفِى زُبُرِ ٱلْأَوَّلِينَ﴿196

    Wa innahoo lafee Zuburil awwaleen

    196.Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.

  197. أَوَلَمْ يَكُن لَّهُمْ ءَايَةً أَن يَعْلَمَهُۥ عُلَمَٰٓؤُا۟ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ﴿197

    Awalam yakul lahum Aayatan ai ya'lamahoo 'ulamaaa'u Baneee Israaa'eel

    197.(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?

  198. وَلَوْ نَزَّلْنَٰهُ عَلَىٰ بَعْضِ ٱلْأَعْجَمِينَ﴿198

    Wa law nazzalnaahu 'alaa ba'dil a'jameen

    198.Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,

  199. فَقَرَأَهُۥ عَلَيْهِم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ مُؤْمِنِينَ﴿199

    Faqara ahoo 'alaihim maa kaanoo bihee mu'mineen

    199.Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.

  200. كَذَٰلِكَ سَلَكْنَٰهُ فِى قُلُوبِ ٱلْمُجْرِمِينَ﴿200

    Kazaalika salaknaahu fee quloobil mujrimeen

    200.Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.

  201. لَا يُؤْمِنُونَ بِهِۦ حَتَّىٰ يَرَوُا۟ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَلِيمَ﴿201

    Laa yu'minoona bihee hattaa yarawul 'azaabal aleem

    201.Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,

  202. فَيَأْتِيَهُم بَغْتَةًۭ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ﴿202

    Fayaatiyahum baghtatanw wa hum laa yash'uroon

    202.Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.

  203. فَيَقُولُوا۟ هَلْ نَحْنُ مُنظَرُونَ﴿203

    Fa yaqooloo hal nahnu munzaroon

    203.Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"

  204. أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ﴿204

    Aafabi 'azaabinaa yasta'jiloon

    204.(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?

  205. أَفَرَءَيْتَ إِن مَّتَّعْنَٰهُمْ سِنِينَ﴿205

    Aara'aita im matta'naahum sineen

    205.Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,

  206. ثُمَّ جَآءَهُم مَّا كَانُوا۟ يُوعَدُونَ﴿206

    Summa jaaa'ahum maa kaanoo yoo'adoon

    206.Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,

  207. مَآ أَغْنَىٰ عَنْهُم مَّا كَانُوا۟ يُمَتَّعُونَ﴿207

    Maaa aghnaaa 'anhum maa kaanoo yumaatoo'oon

    207.(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.

  208. وَمَآ أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ﴿208

    Wa maaa ahlaknaa min qaryatin illaa lahaa munziroon

    208.Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.

  209. ذِكْرَىٰ وَمَا كُنَّا ظَٰلِمِينَ﴿209

    Zikraa wa maa kunnaa zaalimeen

    209.Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.

  210. وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ ٱلشَّيَٰطِينُ﴿210

    Wa maa tanazzalat bihish Shayaateen

    210.Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.

  211. وَمَا يَنۢبَغِى لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ﴿211

    Wa maa yambaghee lahum wa maa yastatee'oon

    211.Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

  212. إِنَّهُمْ عَنِ ٱلسَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ﴿212

    Innahum 'anis sam'i lama'zooloon

    212.Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

  213. فَلَا تَدْعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ ٱلْمُعَذَّبِينَ﴿213

    Falaa tad'u ma'al laahi ilaahan aakhara fatakoona minal mu'azzabeen

    213.Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.

  214. وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ ٱلْأَقْرَبِينَ﴿214

    Wa anzir 'asheeratakal aqrabeen

    214.Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.

  215. وَٱخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ﴿215

    Wakhfid janaahaka limanit taba 'aka minal mu'mineen

    215.Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

  216. فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّى بَرِىٓءٌۭ مِّمَّا تَعْمَلُونَ﴿216

    Fa in asawka faqul innee bareee'um mimmmaa ta'maloon

    216.Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"

  217. وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱلْعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ﴿217

    Wa tawakkal alal 'Azeezir Raheem

    217.Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

  218. ٱلَّذِى يَرَىٰكَ حِينَ تَقُومُ﴿218

    Allazee yaraaka heena taqoom

    218.Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),

  219. وَتَقَلُّبَكَ فِى ٱلسَّٰجِدِينَ﴿219

    Wa taqallubaka fis saajideen

    219.Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.

  220. إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ﴿220

    Innahoo Huwas Samee'ul 'Aleem

    220.Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

  221. هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَٰطِينُ﴿221

    Hal unabbi'ukum 'alaa man tanazzalush Shayaateen

    221.Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

  222. تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍۢ﴿222

    Tanazzalu 'alaa kulli affaakin aseem

    222.Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

  223. يُلْقُونَ ٱلسَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَٰذِبُونَ﴿223

    Yulqoonas sam'a wa aksaruhum aaziboon

    223.Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

  224. وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلْغَاوُۥنَ﴿224

    Washshu 'araaa'u yattabi 'uhumul ghaawoon

    224.Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

  225. أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِى كُلِّ وَادٍۢ يَهِيمُونَ﴿225

    Alam tara annahum fee kulli waadiny yaheemoon

    225.Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

  226. وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ﴿226

    Wa annahum yaqooloona ma laa yaf'aloon

    226.Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

  227. إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا وَٱنتَصَرُوا۟ مِنۢ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا۟ ۗ وَسَيَعْلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ أَىَّ مُنقَلَبٍۢ يَنقَلِبُونَ﴿227

    Illal lazeena aamanoo w a'amilus saalihaati wa zakarul laaha kaseeranw wantasaroo mim ba'di maa zulimoo; wa saya'lamul lazeena zalamooo aiya munqalbiny yanqaliboon

    227.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Ash-Shu'araa?

Surah Ash-Shu'araa mengandungi 227 ayat dan merupakan surah ke-26 al-Quran.

Adakah surah Ash-Shu'araa Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Ash-Shu'araa ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store