Surah Az-Zalzala: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah Az-Zalzala ialah surah ke-99 al-Quran; mengandungi 8 ayat dan merupakan surah Madaniyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا﴿1﴾
Izaa zul zilatil ardu zil zaalaha
1.Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا﴿2﴾
Wa akh rajatil ardu athqaalaha
2.Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
وَقَالَ ٱلْإِنسَٰنُ مَا لَهَا﴿3﴾
Wa qaalal insaanu ma laha
3.Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
يَوْمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا﴿4﴾
Yawmaa izin tuhad dithu akhbaaraha
4.Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا﴿5﴾
Bi-anna rabbaka awhaa laha
5.Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
يَوْمَئِذٍۢ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًۭا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَٰلَهُمْ﴿6﴾
Yawma iziy yas durun naasu ash tatal liyuraw a'maalahum
6.Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ﴿7﴾
Famaiy ya'mal mithqala zarratin khai raiy-yarah
7.Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ﴿8﴾
Wa maiy-y'amal mithqala zarratin sharraiy-yarah
8.Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah Az-Zalzala?
Surah Az-Zalzala mengandungi 8 ayat dan merupakan surah ke-99 al-Quran.
Adakah surah Az-Zalzala Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Az-Zalzala ialah surah Madaniyyah; diturunkan pada zaman Madinah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store