NurluNurlu
Surah 96·19 ayat·Makkiyyah

Surah Al-Alaq: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Al-Alaq ialah surah ke-96 al-Quran; mengandungi 19 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ﴿1

    Iqra bismi rab bikal lazee khalaq

    1.Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

  2. خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ﴿2

    Khalaqal insaana min 'alaq

    2.Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

  3. ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ﴿3

    Iqra wa rab bukal akram

    3.Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

  4. ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ﴿4

    Al lazee 'allama bil qalam

    4.Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

  5. عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ﴿5

    'Al lamal insaana ma lam y'alam

    5.Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

  6. كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَيَطْغَىٰٓ﴿6

    Kallaa innal insaana layatghaa

    6.Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

  7. أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ﴿7

    Ar-ra aahus taghnaa

    7.Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

  8. إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجْعَىٰٓ﴿8

    Innna ilaa rabbikar ruj'aa

    8.(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

  9. أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ﴿9

    Ara-aital lazee yanhaa

    9.Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -

  10. عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ﴿10

    'Abdan iza sallaa

    10.Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

  11. أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ﴿11

    Ara-aita in kana 'alal hudaa

    11.Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

  12. أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ﴿12

    Au amara bit taqwaa

    12.Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

  13. أَرَءَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ﴿13

    Ara-aita in kaz zaba wa ta walla

    13.Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

  14. أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ﴿14

    Alam y'alam bi-an nal lahaa yaraa

    14.Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

  15. كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ﴿15

    Kalla la illam yantahi la nasfa'am bin nasiyah

    15.Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

  16. نَاصِيَةٍۢ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ﴿16

    Nasiyatin kazi batin khaatiyah

    16.Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

  17. فَلْيَدْعُ نَادِيَهُۥ﴿17

    Fal yad'u naadiyah

    17.Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

  18. سَنَدْعُ ٱلزَّبَانِيَةَ﴿18

    Sanad 'uz zabaaniyah

    18.Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

  19. كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب ۩﴿19

    Kalla; la tuti'hu wasjud waqtarib

    19.Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Al-Alaq?

Surah Al-Alaq mengandungi 19 ayat dan merupakan surah ke-96 al-Quran.

Adakah surah Al-Alaq Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Alaq ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store