Surah Ash-Sharh: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah Ash-Sharh ialah surah ke-94 al-Quran; mengandungi 8 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ﴿1﴾
Alam nashrah laka sadrak
1.Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ﴿2﴾
Wa wa d'ana 'anka wizrak
2.Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ﴿3﴾
Allazee anqada zahrak
3.Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ﴿4﴾
Wa raf 'ana laka zikrak
4.Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا﴿5﴾
Fa inna ma'al usri yusra
5.Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا﴿6﴾
Inna ma'al 'usri yusra
6.(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ﴿7﴾
Fa iza faragh ta fansab
7.Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب﴿8﴾
Wa ilaa rabbika far ghab
8.Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah Ash-Sharh?
Surah Ash-Sharh mengandungi 8 ayat dan merupakan surah ke-94 al-Quran.
Adakah surah Ash-Sharh Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Ash-Sharh ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store