Surah Ad-Dhuhaa: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah Ad-Dhuhaa ialah surah ke-93 al-Quran; mengandungi 11 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلضُّحَىٰ﴿1﴾
Wad duhaa
1.Demi waktu dhuha,
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ﴿2﴾
Wal laili iza sajaa
2.Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ﴿3﴾
Ma wad da'aka rabbuka wa ma qalaa
3.(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ﴿4﴾
Walal-aakhiratu khairul laka minal-oola
4.Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ﴿5﴾
Wa la sawfa y'uteeka rabbuka fatarda
5.Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًۭا فَـَٔاوَىٰ﴿6﴾
Alam ya jidka yateeman fa aawaa
6.Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
وَوَجَدَكَ ضَآلًّۭا فَهَدَىٰ﴿7﴾
Wa wa jadaka daal lan fahada
7.Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
وَوَجَدَكَ عَآئِلًۭا فَأَغْنَىٰ﴿8﴾
Wa wa jadaka 'aa-ilan fa aghnaa
8.Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ﴿9﴾
Fa am mal yateema fala taqhar
9.Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ﴿10﴾
Wa am mas saa-ila fala tanhar
10.Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ﴿11﴾
Wa amma bi ni'mati rabbika fahad dith
11.Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah Ad-Dhuhaa?
Surah Ad-Dhuhaa mengandungi 11 ayat dan merupakan surah ke-93 al-Quran.
Adakah surah Ad-Dhuhaa Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Ad-Dhuhaa ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store