NurluNurlu
Surah 91·15 ayat·Makkiyyah

Surah Ash-Shams: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Ash-Shams ialah surah ke-91 al-Quran; mengandungi 15 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلشَّمْسِ وَضُحَىٰهَا﴿1

    Wash shamsi wa duhaa haa

    1.Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

  2. وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا﴿2

    Wal qamari izaa talaa haa

    2.Dan bulan apabila ia mengiringinya;

  3. وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا﴿3

    Wannahaari izaa jallaa haa

    3.Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;

  4. وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰهَا﴿4

    Wallaili izaa yaghshaa haa

    4.Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

  5. وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا﴿5

    Wassamaaa'i wa maa banaahaa

    5.Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);

  6. وَٱلْأَرْضِ وَمَا طَحَىٰهَا﴿6

    Wal ardi wa maa tahaahaa

    6.Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

  7. وَنَفْسٍۢ وَمَا سَوَّىٰهَا﴿7

    Wa nafsinw wa maa sawwaahaa

    7.Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

  8. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا﴿8

    Fa-alhamahaa fujoorahaa wa taqwaahaa

    8.Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

  9. قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا﴿9

    Qad aflaha man zakkaahaa

    9.Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

  10. وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا﴿10

    Wa qad khaaba man dassaahaa

    10.Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

  11. كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَىٰهَآ﴿11

    Kazzabat Samoodu bi taghwaahaaa

    11.(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

  12. إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشْقَىٰهَا﴿12

    Izim ba'asa ashqaahaa

    12.Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

  13. فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقْيَٰهَا﴿13

    Faqaala lahum Rasoolul laahi naaqatal laahi wa suqiyaahaa

    13.Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"

  14. فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمْ فَسَوَّىٰهَا﴿14

    Fakazzaboohu fa'aqaroohaa fadamdama 'alaihim Rabbuhum bizambihim fasaw waahaa

    14.(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

  15. وَلَا يَخَافُ عُقْبَٰهَا﴿15

    Wa laa yakhaafu'uqbaahaa

    15.Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Ash-Shams?

Surah Ash-Shams mengandungi 15 ayat dan merupakan surah ke-91 al-Quran.

Adakah surah Ash-Shams Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Ash-Shams ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store