Surah Al-Fajr: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah Al-Fajr ialah surah ke-89 al-Quran; mengandungi 30 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلْفَجْرِ﴿1﴾
Wal-Fajr
1.Demi waktu fajar;
وَلَيَالٍ عَشْرٍۢ﴿2﴾
Wa layaalin 'ashr
2.Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ﴿3﴾
Wash shaf'i wal watr
3.Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَسْرِ﴿4﴾
Wallaili izaa yasr
4.Dan malam, apabila ia berlalu; -
هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌۭ لِّذِى حِجْرٍ﴿5﴾
Hal fee zaalika qasamul lizee hijr
5.Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ﴿6﴾
Alam tara kaifa fa'ala rabbuka bi'aad
6.(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
إِرَمَ ذَاتِ ٱلْعِمَادِ﴿7﴾
Iramaa zaatil 'imaad
7.Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
ٱلَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى ٱلْبِلَٰدِ﴿8﴾
Allatee lam yukhlaq misluhaa fil bilaad
8.Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?
وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُوا۟ ٱلصَّخْرَ بِٱلْوَادِ﴿9﴾
Wa samoodal lazeena jaabus sakhra bil waad
9.Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
وَفِرْعَوْنَ ذِى ٱلْأَوْتَادِ﴿10﴾
Wa fir'awna zil awtaad
10.Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
ٱلَّذِينَ طَغَوْا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ﴿11﴾
Allazeena taghaw fil bilaad
11.(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
فَأَكْثَرُوا۟ فِيهَا ٱلْفَسَادَ﴿12﴾
Fa aksaroo feehal fasaad
12.Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ﴿13﴾
Fasabba 'alaihim Rabbuka sawta 'azaab
13.Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلْمِرْصَادِ﴿14﴾
Inna Rabbaka labil mirsaad
14.Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
فَأَمَّا ٱلْإِنسَٰنُ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكْرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكْرَمَنِ﴿15﴾
Fa ammal insaanu izaa mab talaahu Rabbuhoo fa akramahoo wa na' 'amahoo fa yaqoolu Rabbeee akraman
15.(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَٰنَنِ﴿16﴾
Wa ammaaa izaa mabtalaahu faqadara 'alaihi rizqahoo fa yaqoolu Rabbeee ahaanan
16.Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
كَلَّا ۖ بَل لَّا تُكْرِمُونَ ٱلْيَتِيمَ﴿17﴾
Kalla bal laa tukrimooo nal yateem
17.Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
وَلَا تَحَٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ﴿18﴾
Wa laa tahaaaddoona 'alaata'aamil miskeen
18.Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;
وَتَأْكُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَكْلًۭا لَّمًّۭا﴿19﴾
Wa taakuloonat turaasa aklal lammaa
19.Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
وَتُحِبُّونَ ٱلْمَالَ حُبًّۭا جَمًّۭا﴿20﴾
Wa tuhibboonal maala hubban jammaa
20.Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
كَلَّآ إِذَا دُكَّتِ ٱلْأَرْضُ دَكًّۭا دَكًّۭا﴿21﴾
Kallaaa izaaa dukkatil ardu dakkan dakka
21.Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلْمَلَكُ صَفًّۭا صَفًّۭا﴿22﴾
Wa jaaa'a Rabbuka wal malaku saffan saffaa
22.Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
وَجِا۟ىٓءَ يَوْمَئِذٍۭ بِجَهَنَّمَ ۚ يَوْمَئِذٍۢ يَتَذَكَّرُ ٱلْإِنسَٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكْرَىٰ﴿23﴾
Wa jeee'a yawma'izim bi jahannnam; Yawma 'iziny yatazakkarul insaanu wa annaa lahuz zikraa
23.Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
يَقُولُ يَٰلَيْتَنِى قَدَّمْتُ لِحَيَاتِى﴿24﴾
Yaqoolu yaa laitanee qaddamtu lihayaatee
24.Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
فَيَوْمَئِذٍۢ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُۥٓ أَحَدٌۭ﴿25﴾
Fa Yawma izil laa yu'azzibu 'azaabahooo ahad
25.Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُۥٓ أَحَدٌۭ﴿26﴾
Wa laa yoosiqu wasaaqa hooo ahad
26.Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ﴿27﴾
Yaaa ayyatuhan nafsul mutma 'innah
27.(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
ٱرْجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةًۭ مَّرْضِيَّةًۭ﴿28﴾
Irji'eee ilaa Rabbiki raadiyatam mardiyyah
28."Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
فَٱدْخُلِى فِى عِبَٰدِى﴿29﴾
Fadkhulee fee 'ibaadee
29."Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
وَٱدْخُلِى جَنَّتِى﴿30﴾
Wadkhulee jannatee
30."Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah Al-Fajr?
Surah Al-Fajr mengandungi 30 ayat dan merupakan surah ke-89 al-Quran.
Adakah surah Al-Fajr Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Fajr ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store