Surah Al-A'laa: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah Al-A'laa ialah surah ke-87 al-Quran; mengandungi 19 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سَبِّحِ ٱسْمَ رَبِّكَ ٱلْأَعْلَى﴿1﴾
Sabbihisma Rabbikal A'laa
1.Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ﴿2﴾
Allazee khalaqa fasawwaa
2.Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ﴿3﴾
Wallazee qaddara fahadaa
3.Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
وَٱلَّذِىٓ أَخْرَجَ ٱلْمَرْعَىٰ﴿4﴾
Wallazeee akhrajal mar'aa
4.Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحْوَىٰ﴿5﴾
Faja'alahoo ghusaaa'an ahwaa
5.Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ﴿6﴾
Sanuqri'uka falaa tansaaa
6.Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُ ۚ إِنَّهُۥ يَعْلَمُ ٱلْجَهْرَ وَمَا يَخْفَىٰ﴿7﴾
Illaa maa shaaa'al laah; innahoo ya'lamul jahra wa maa yakhfaa
7.Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَىٰ﴿8﴾
Wa nu-yassiruka lilyusraa
8.Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكْرَىٰ﴿9﴾
Fazakkir in nafa'atizzikraa
9.Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ﴿10﴾
Sa yazzakkaru maiyakhshaa
10.Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلْأَشْقَى﴿11﴾
Wa yatajannabuhal ashqaa
11.Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
ٱلَّذِى يَصْلَى ٱلنَّارَ ٱلْكُبْرَىٰ﴿12﴾
Allazee yaslan Naaral kubraa
12.Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ﴿13﴾
Summa laa yamootu feehaa wa laa yahyaa
13.Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ﴿14﴾
Qad aflaha man tazakkaa
14.Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
وَذَكَرَ ٱسْمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ﴿15﴾
Wa zakaras ma Rabbihee fasallaa
15.Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
بَلْ تُؤْثِرُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا﴿16﴾
Bal tu'siroonal hayaatad dunyaa
16.(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌۭ وَأَبْقَىٰٓ﴿17﴾
Wal Aakhiratu khairunw wa abqaa
17.Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
إِنَّ هَٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلْأُولَىٰ﴿18﴾
Inna haazaa lafis suhu fil oolaa
18.Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
صُحُفِ إِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ﴿19﴾
Suhufi Ibraaheema wa Moosaa
19.Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah Al-A'laa?
Surah Al-A'laa mengandungi 19 ayat dan merupakan surah ke-87 al-Quran.
Adakah surah Al-A'laa Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-A'laa ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store