NurluNurlu
Surah 88·26 ayat·Makkiyyah

Surah Al-Ghaashiya: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Al-Ghaashiya ialah surah ke-88 al-Quran; mengandungi 26 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَٰشِيَةِ﴿1

    Hal ataaka hadeesul ghaashiyah

    1.Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

  2. وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ﴿2

    Wujoohuny yawma 'izin khaashi'ah

    2.Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

  3. عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ﴿3

    'Aamilatun naasibah

    3.Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

  4. تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةًۭ﴿4

    Taslaa naaran haamiyah

    4.Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

  5. تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍۢ﴿5

    Tusqaa min 'aynin aaniyah

    5.Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

  6. لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍۢ﴿6

    Laisa lahum ta'aamun illaa min daree'

    6.Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

  7. لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍۢ﴿7

    Laa yusminu wa laa yughnee min joo'

    7.Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

  8. وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاعِمَةٌۭ﴿8

    Wujoohuny yawma 'izin naa'imah

    8.(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

  9. لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌۭ﴿9

    Lisa'yihaa raadiyah

    9.Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

  10. فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍۢ﴿10

    Fee jannatin 'aaliyah

    10.(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

  11. لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةًۭ﴿11

    Laa tasma'u feehaa laaghiyah

    11.Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

  12. فِيهَا عَيْنٌۭ جَارِيَةٌۭ﴿12

    Feehaa 'aynun jaariyah

    12.Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

  13. فِيهَا سُرُرٌۭ مَّرْفُوعَةٌۭ﴿13

    Feehaa sururum marfoo'ah

    13.Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

  14. وَأَكْوَابٌۭ مَّوْضُوعَةٌۭ﴿14

    Wa akwaabum mawdoo 'ah

    14.Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

  15. وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌۭ﴿15

    Wa namaariqu masfoofah

    15.Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

  16. وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ﴿16

    Wa zaraabiyyu mabsoosah

    16.Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

  17. أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ﴿17

    Afalaa yanzuroona ilalibili kaifa khuliqat

    17.(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

  18. وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ﴿18

    Wa ilas samaaa'i kaifa rufi'at

    18.Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

  19. وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ﴿19

    Wa ilal jibaali kaifa nusibat

    19.Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

  20. وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ﴿20

    Wa ilal ardi kaifa sutihat

    20.Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

  21. فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌۭ﴿21

    Fazakkir innama anta Muzakkir

    21.Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

  22. لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ﴿22

    Lasta 'alaihim bimusaitir

    22.Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

  23. إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ﴿23

    Illaa man tawallaa wa kafar

    23.Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

  24. فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ﴿24

    Fa yu'azzibuhul laahul 'azaabal akbar

    24.Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

  25. إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ﴿25

    Innaa ilainaaa iyaabahum

    25.Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

  26. ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم﴿26

    Summa inna 'alainaa hisaabahum

    26.Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Al-Ghaashiya?

Surah Al-Ghaashiya mengandungi 26 ayat dan merupakan surah ke-88 al-Quran.

Adakah surah Al-Ghaashiya Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Ghaashiya ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store