Surah Al-Burooj: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah Al-Burooj ialah surah ke-85 al-Quran; mengandungi 22 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْبُرُوجِ﴿1﴾
Wassamaaa'i zaatil burooj
1.Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
وَٱلْيَوْمِ ٱلْمَوْعُودِ﴿2﴾
Wal yawmil maw'ood
2.Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
وَشَاهِدٍۢ وَمَشْهُودٍۢ﴿3﴾
Wa shaahidinw wa mashhood
3.Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
قُتِلَ أَصْحَٰبُ ٱلْأُخْدُودِ﴿4﴾
Qutila as haabul ukhdood
4.Celakalah kaum yang menggali parit,
ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلْوَقُودِ﴿5﴾
Annaari zaatil waqood
5.(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌۭ﴿6﴾
Iz hum 'alaihaa qu'ood
6.(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌۭ﴿7﴾
Wa hum 'alaa maa yaf'aloona bilmu 'mineena shuhood
7.Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
وَمَا نَقَمُوا۟ مِنْهُمْ إِلَّآ أَن يُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ﴿8﴾
Wa maa naqamoo minhum illaaa aiyu'minoo billaahil 'azeezil Hameed
8.Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ شَهِيدٌ﴿9﴾
Allazee lahoo mulkus samaawaati wal ard; wallaahu 'alaa kulli shai 'in Shaheed
9.Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُوا۟ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ ٱلْحَرِيقِ﴿10﴾
Innal lazeena fatanul mu'mineena wal mu'minaati summa lam yatooboo falahum 'azaabu Jahannama wa lahum 'azaabul hareeq
10.Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمْ جَنَّٰتٌۭ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْكَبِيرُ﴿11﴾
Innal lazeena aamanoo wa 'amilus saalihaati lahum Jannaatun tajree min tahtihal anhaar; zaalikal fawzul kabeer
11.Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ﴿12﴾
Inna batsha Rabbika lashadeed
12.Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
إِنَّهُۥ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ﴿13﴾
Innahoo Huwa yubdi'u wa yu'eed
13.Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
وَهُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلْوَدُودُ﴿14﴾
Wa Huwal Ghafoorul Wadood
14.Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
ذُو ٱلْعَرْشِ ٱلْمَجِيدُ﴿15﴾
Zul 'Arshil Majeed
15.Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,
فَعَّالٌۭ لِّمَا يُرِيدُ﴿16﴾
Fa' 'aalul limaa yureed
16.Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْجُنُودِ﴿17﴾
Hal ataaka hadeesul junood
17.Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?
فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ﴿18﴾
Fir'awna wa Samood
18.(Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى تَكْذِيبٍۢ﴿19﴾
Balil lazeena kafaroo fee takzeeb
19.(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;
وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطٌۢ﴿20﴾
Wallaahu minw waraaa'ihim muheet
20.Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!
بَلْ هُوَ قُرْءَانٌۭ مَّجِيدٌۭ﴿21﴾
Bal huwa Quraanum Majeed
21.(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;
فِى لَوْحٍۢ مَّحْفُوظٍۭ﴿22﴾
Fee Lawhim Mahfooz
22.(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah Al-Burooj?
Surah Al-Burooj mengandungi 22 ayat dan merupakan surah ke-85 al-Quran.
Adakah surah Al-Burooj Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Burooj ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store