NurluNurlu
Surah 83·36 ayat·Makkiyyah

Surah Al-Mutaffifin: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Al-Mutaffifin ialah surah ke-83 al-Quran; mengandungi 36 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَيْلٌۭ لِّلْمُطَفِّفِينَ﴿1

    Wailul lil mutaffifeen

    1.Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),

  2. ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكْتَالُوا۟ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسْتَوْفُونَ﴿2

    Allazeena izak taaloo 'alan naasi yastawfoon

    2.Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,

  3. وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ﴿3

    Wa izaa kaaloohum aw wazanoohum yukhsiroon

    3.Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

  4. أَلَا يَظُنُّ أُو۟لَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَ﴿4

    Alaa yazunnu ulaaa'ika annahum mab'oosoon

    4.Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?

  5. لِيَوْمٍ عَظِيمٍۢ﴿5

    Li Yawmin 'Azeem

    5.Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),

  6. يَوْمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿6

    Yawma yaqoomun naasu li Rabbil 'aalameen

    6.Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?

  7. كَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلْفُجَّارِ لَفِى سِجِّينٍۢ﴿7

    Kallaaa inna kitaabal fujjaari lafee Sijjeen

    7.Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".

  8. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا سِجِّينٌۭ﴿8

    Wa maa adraaka maa Sijjeen

    8.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia "Sijjiin" itu,

  9. كِتَٰبٌۭ مَّرْقُومٌۭ﴿9

    Kitaabum marqoom

    9.Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).

  10. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿10

    Wailuny yawma'izil lil mukazzibeen

    10.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -

  11. ٱلَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ﴿11

    Allazeena yukazziboona bi yawmid deen

    11.Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.

  12. وَمَا يُكَذِّبُ بِهِۦٓ إِلَّا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ﴿12

    Wa maa yukazzibu biheee illaa kullu mu'tadin aseem

    12.Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!

  13. إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ ءَايَٰتُنَا قَالَ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ﴿13

    Izaa tutlaa'alaihi aayaatunaa qaala asaateerul awwaleen

    13.(Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"

  14. كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ﴿14

    Kallaa bal raana 'alaa quloobihim maa kaanoo yaksiboon

    14.Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

  15. كَلَّآ إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍۢ لَّمَحْجُوبُونَ﴿15

    Kallaaa innahum 'ar Rabbihim yawma'izil lamah jooboon

    15.Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

  16. ثُمَّ إِنَّهُمْ لَصَالُوا۟ ٱلْجَحِيمِ﴿16

    Summa innahum lasaa lul jaheem

    16.Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.

  17. ثُمَّ يُقَالُ هَٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ﴿17

    Summa yuqaalu haazal lazee kuntum bihee tukazziboon

    17.Akhirnya dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu."

  18. كَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلْأَبْرَارِ لَفِى عِلِّيِّينَ﴿18

    Kallaaa inna kitaabal abraari lafee'Illiyyeen

    18.Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".

  19. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا عِلِّيُّونَ﴿19

    Wa maaa adraaka maa 'Illiyyoon

    19.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyiin" itu?

  20. كِتَٰبٌۭ مَّرْقُومٌۭ﴿20

    Kitaabum marqoom

    20.Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,

  21. يَشْهَدُهُ ٱلْمُقَرَّبُونَ﴿21

    Yashhadu hul muqarra boon

    21.Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.

  22. إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ﴿22

    Innal abraara lafee Na'eem

    22.Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:

  23. عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ﴿23

    'Alal araaa'iki yanzuroon

    23.Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).

  24. تَعْرِفُ فِى وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ ٱلنَّعِيمِ﴿24

    Ta'rifu fee wujoohihim nadratan na'eem

    24.Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.

  25. يُسْقَوْنَ مِن رَّحِيقٍۢ مَّخْتُومٍ﴿25

    Yusqawna mir raheeqim makhtoom

    25.Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,

  26. خِتَٰمُهُۥ مِسْكٌۭ ۚ وَفِى ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ ٱلْمُتَنَٰفِسُونَ﴿26

    Khitaamuhoo misk; wa fee zaalika falyatanaafasil Mutanaafisoon

    26.Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;

  27. وَمِزَاجُهُۥ مِن تَسْنِيمٍ﴿27

    Wa mizaajuhoo min Tasneem

    27.Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":

  28. عَيْنًۭا يَشْرَبُ بِهَا ٱلْمُقَرَّبُونَ﴿28

    'Ainaiy yashrabu bihal muqarraboon

    28.laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).

  29. إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجْرَمُوا۟ كَانُوا۟ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يَضْحَكُونَ﴿29

    Innal lazeena ajramoo kaanoo minal lazeena aamanoo yadhakoon

    29.Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.

  30. وَإِذَا مَرُّوا۟ بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ﴿30

    Wa izaa marroo bihim yataghaamazoon

    30.Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).

  31. وَإِذَا ٱنقَلَبُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَهْلِهِمُ ٱنقَلَبُوا۟ فَكِهِينَ﴿31

    Wa izan qalabooo ilaaa ahlihimun qalaboo fakiheen

    31.Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;

  32. وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ لَضَآلُّونَ﴿32

    Wa izaa ra awhum qaalooo inna haaa'ulaaa'i ladaaal loon

    32.Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!"

  33. وَمَآ أُرْسِلُوا۟ عَلَيْهِمْ حَٰفِظِينَ﴿33

    Wa maaa ursiloo 'alaihim haafizeen

    33.Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!

  34. فَٱلْيَوْمَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنَ ٱلْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ﴿34

    Fal yawmal lazeena aamanoo minal kuffaari yadhakoon

    34.Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.

  35. عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ﴿35

    'Alal araaa'iki yanzuroon

    35.Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).

  36. هَلْ ثُوِّبَ ٱلْكُفَّارُ مَا كَانُوا۟ يَفْعَلُونَ﴿36

    Hal suwwibal kuffaaru maa kaanoo yaf'aloon

    36.(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?"

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Al-Mutaffifin?

Surah Al-Mutaffifin mengandungi 36 ayat dan merupakan surah ke-83 al-Quran.

Adakah surah Al-Mutaffifin Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Mutaffifin ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store