Surah Al-Inshiqaaq: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah Al-Inshiqaaq ialah surah ke-84 al-Quran; mengandungi 25 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ﴿1﴾
Izas samaaa'un shaqqat
1.Apabila langit terbelah,
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ﴿2﴾
Wa azinat li Rabbihaa wa huqqat
2.Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ﴿3﴾
Wa izal ardu muddat
3.Dan apabila bumi diratakan,
وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ﴿4﴾
Wa alqat maa feehaa wa takhallat
4.Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ﴿5﴾
Wa azinat li Rabbihaa wa huqqat
5.Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًۭا فَمُلَٰقِيهِ﴿6﴾
Yaaa ayyuhal insaanu innaka kaadihun ilaa Rabbika kad han famulaaqeeh
6.Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ﴿7﴾
Fa ammaa man ootiya kitaabahoo biyameenih
7.Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًۭا يَسِيرًۭا﴿8﴾
Fasawfa yuhaasabu hi saabai yaseeraa
8.Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًۭا﴿9﴾
Wa yanqalibu ilaaa ahlihee masrooraa
9.Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ﴿10﴾
Wa ammaa man ootiya kitaabahoo waraaa'a zahrih
10.Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
فَسَوْفَ يَدْعُوا۟ ثُبُورًۭا﴿11﴾
Fasawfa yad'oo subooraa
11.Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا﴿12﴾
Wa yaslaa sa'eeraa
12.Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
إِنَّهُۥ كَانَ فِىٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا﴿13﴾
Innahoo kaana feee ahlihee masrooraa
13.Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ﴿14﴾
Innahoo zanna al lai yahoor
14.Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
بَلَىٰٓ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرًۭا﴿15﴾
Balaaa inna Rabbahoo kaana bihee baseeraa
15.(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلشَّفَقِ﴿16﴾
Falaaa uqsimu bishshafaq
16.Maka Aku bersumpah, demi mega;
وَٱلَّيْلِ وَمَا وَسَقَ﴿17﴾
Wallaili wa maa wasaq
17.Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
وَٱلْقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ﴿18﴾
Walqamari izat tasaq
18.Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍۢ﴿19﴾
Latarkabunna tabaqan 'an tabaq
19.Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴿20﴾
Famaa lahum laa yu'minoon
20.Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ ۩﴿21﴾
Wa izaa quri'a 'alaihimul Quraanu laa yasjudoon
21.Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُكَذِّبُونَ﴿22﴾
Balil lazeena kafaroo yukazziboon
22.(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ﴿23﴾
Wallaahu a'lamu bimaa yoo'oon
23.Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ﴿24﴾
Fabashshirhum bi'azaabin aleem
24.Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۭ﴿25﴾
Illal lazeena aamanoo wa 'amilus saalihaati lahum ajrun ghairu mamnoon
25.Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah Al-Inshiqaaq?
Surah Al-Inshiqaaq mengandungi 25 ayat dan merupakan surah ke-84 al-Quran.
Adakah surah Al-Inshiqaaq Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Inshiqaaq ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store