Surah Al-Infitaar: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah Al-Infitaar ialah surah ke-82 al-Quran; mengandungi 19 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ﴿1﴾
Izas samaaa'un fatarat
1.Apabila langit terbelah;
وَإِذَا ٱلْكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتْ﴿2﴾
Wa izal kawaakibun tasarat
2.Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
وَإِذَا ٱلْبِحَارُ فُجِّرَتْ﴿3﴾
Wa izal bihaaru fujjirat
3.Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ﴿4﴾
Wa izal qubooru bu'sirat
4.Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
عَلِمَتْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ﴿5﴾
'Alimat nafsum maa qaddamat wa akhkharat
5.(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلْكَرِيمِ﴿6﴾
Yaaa ayyuhal insaaanu maa gharraka bi Rabbikal kareem
6.Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ﴿7﴾
Allazee khalaqaka fasaw waaka fa'adalak
7.Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
فِىٓ أَىِّ صُورَةٍۢ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ﴿8﴾
Feee ayye sooratim maa shaaa'a rakkabak
8.Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ﴿9﴾
Kalla bal tukazziboona bid deen
9.Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَٰفِظِينَ﴿10﴾
Wa inna 'alaikum lahaa fizeen
10.Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
كِرَامًۭا كَٰتِبِينَ﴿11﴾
Kiraaman kaatibeen
11.(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ﴿12﴾
Ya'lamoona ma taf'aloon
12.Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍۢ﴿13﴾
Innal abraara lafee na'eem
13.(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
وَإِنَّ ٱلْفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍۢ﴿14﴾
Wa innal fujjaara lafee jaheem
14.Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ ٱلدِّينِ﴿15﴾
Yaslawnahaa Yawmad Deen
15.Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَآئِبِينَ﴿16﴾
Wa maa hum 'anhaa bighaaa 'ibeen
16.Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ﴿17﴾
Wa maaa adraaka maa Yawmud Deen
17.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
ثُمَّ مَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ﴿18﴾
Summa maaa adraaka maa Yawmud Deen
18.Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌۭ لِّنَفْسٍۢ شَيْـًۭٔا ۖ وَٱلْأَمْرُ يَوْمَئِذٍۢ لِّلَّهِ﴿19﴾
Yawma laa tamliku nafsul linafsin shai'anw walamru yawma'izil lillaah
19.(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah Al-Infitaar?
Surah Al-Infitaar mengandungi 19 ayat dan merupakan surah ke-82 al-Quran.
Adakah surah Al-Infitaar Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Infitaar ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store