Surah At-Takwir: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah At-Takwir ialah surah ke-81 al-Quran; mengandungi 29 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ﴿1﴾
Izash shamsu kuwwirat
1.Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ﴿2﴾
Wa izan nujoomun kadarat
2.Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ﴿3﴾
Wa izal jibaalu suyyirat
3.Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
وَإِذَا ٱلْعِشَارُ عُطِّلَتْ﴿4﴾
Wa izal 'ishaaru 'uttilat
4.Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
وَإِذَا ٱلْوُحُوشُ حُشِرَتْ﴿5﴾
Wa izal wuhooshu hushirat
5.Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
وَإِذَا ٱلْبِحَارُ سُجِّرَتْ﴿6﴾
Wa izal bihaaru sujjirat
6.Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتْ﴿7﴾
Wa izan nufoosu zuwwijat
7.Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
وَإِذَا ٱلْمَوْءُۥدَةُ سُئِلَتْ﴿8﴾
Wa izal maw'oodatu su'ilat
8.Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
بِأَىِّ ذَنۢبٍۢ قُتِلَتْ﴿9﴾
Bi ayyi zambin qutilat
9.Dengan dosa apakah ia dibunuh?
وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتْ﴿10﴾
Wa izas suhufu nushirat
10.Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتْ﴿11﴾
Wa izas samaaa'u kushitat
11.Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
وَإِذَا ٱلْجَحِيمُ سُعِّرَتْ﴿12﴾
Wa izal jaheemu su'-'irat
12.Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
وَإِذَا ٱلْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ﴿13﴾
Wa izal jannatu uzlifat
13.Dan apabila Syurga didekatkan;
عَلِمَتْ نَفْسٌۭ مَّآ أَحْضَرَتْ﴿14﴾
'Alimat nafsum maaa ahdarat
14.(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ﴿15﴾
Falaaa uqsimu bil khunnas
15.Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;
ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ﴿16﴾
Al jawaaril kunnas
16.Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;
وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ﴿17﴾
Wallaili izaa 'as'as
17.Dan malam, apabila ia hampir habis,
وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ﴿18﴾
Wassubhi izaa tanaffas
18.Dan siang, apabila ia mulai terang;
إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍۢ كَرِيمٍۢ﴿19﴾
Innahoo laqawlu rasoolin kareem
19.Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,
ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلْعَرْشِ مَكِينٍۢ﴿20﴾
Zee quwwatin 'inda zil 'arshi makeen
20.Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
مُّطَاعٍۢ ثَمَّ أَمِينٍۢ﴿21﴾
Mutaa'in samma ameen
21.Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍۢ﴿22﴾
Wa maa saahibukum bimajnoon
22.Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
وَلَقَدْ رَءَاهُ بِٱلْأُفُقِ ٱلْمُبِينِ﴿23﴾
Wa laqad ra aahu bilufuqil mubeen
23.Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
وَمَا هُوَ عَلَى ٱلْغَيْبِ بِضَنِينٍۢ﴿24﴾
Wa maa huwa 'alal ghaibi bidaneen
24.Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَٰنٍۢ رَّجِيمٍۢ﴿25﴾
Wa maa huwa biqawli shaitaanir rajeem
25.Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ﴿26﴾
Fa ayna tazhaboon
26.(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌۭ لِّلْعَٰلَمِينَ﴿27﴾
In huwa illaa zikrul lil'aalameen
27.Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ﴿28﴾
Liman shaaa'a minkum ai yastaqeem
28.Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿29﴾
Wa maa tashaaa'oona illaaa ai yashaaa 'al laahu Rabbul 'Aalameen
29.Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah At-Takwir?
Surah At-Takwir mengandungi 29 ayat dan merupakan surah ke-81 al-Quran.
Adakah surah At-Takwir Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah At-Takwir ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store