NurluNurlu
Surah 79·46 ayat·Makkiyyah

Surah An-Naazi'aat: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah An-Naazi'aat ialah surah ke-79 al-Quran; mengandungi 46 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلنَّٰزِعَٰتِ غَرْقًۭا﴿1

    Wan naazi 'aati gharqa

    1.Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;

  2. وَٱلنَّٰشِطَٰتِ نَشْطًۭا﴿2

    Wan naa shi taati nashta

    2.Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;

  3. وَٱلسَّٰبِحَٰتِ سَبْحًۭا﴿3

    Wass saabi-haati sabha

    3.Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;

  4. فَٱلسَّٰبِقَٰتِ سَبْقًۭا﴿4

    Fass saabi qaati sabqa

    4.Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;

  5. فَٱلْمُدَبِّرَٰتِ أَمْرًۭا﴿5

    Fal mu dab-bi raati amra

    5.Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -

  6. يَوْمَ تَرْجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ﴿6

    Yawma tarjufur raajifa

    6.Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),

  7. تَتْبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ﴿7

    Tatba'u har raadifa

    7.Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);

  8. قُلُوبٌۭ يَوْمَئِذٍۢ وَاجِفَةٌ﴿8

    Quloobuny-yau maaiziw-waaji-fa

    8.Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,

  9. أَبْصَٰرُهَا خَٰشِعَةٌۭ﴿9

    Absaa ruhaa khashi'ah

    9.Pemandangannya tunduk gerun.

  10. يَقُولُونَ أَءِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِى ٱلْحَافِرَةِ﴿10

    Ya qoo loona a-inna lamar doo doona fil haafirah

    10.Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?

  11. أَءِذَا كُنَّا عِظَٰمًۭا نَّخِرَةًۭ﴿11

    Aizaa kunna 'izaa man-nakhirah

    11."Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"

  12. قَالُوا۟ تِلْكَ إِذًۭا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌۭ﴿12

    Qaalu tilka izan karratun khaasirah.

    12.Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"

  13. فَإِنَّمَا هِىَ زَجْرَةٌۭ وَٰحِدَةٌۭ﴿13

    Fa inna ma hiya zajratuw-waahida

    13.(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -

  14. فَإِذَا هُم بِٱلسَّاهِرَةِ﴿14

    Faizaa hum biss saahirah

    14.Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.

  15. هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ﴿15

    Hal ataaka hadeethu Musaa

    15.Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

  16. إِذْ نَادَىٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلْوَادِ ٱلْمُقَدَّسِ طُوًى﴿16

    Iz nadaahu rabbuhu bil waadil-muqad dasi tuwa

    16.Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

  17. ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ﴿17

    Izhab ilaa fir'auna innahu taghaa.

    17.(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

  18. فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ﴿18

    Faqul hal laka ilaa-an tazakka.

    18."Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

  19. وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ﴿19

    Wa ahdi yaka ila rabbika fatakh sha

    19.`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "

  20. فَأَرَىٰهُ ٱلْءَايَةَ ٱلْكُبْرَىٰ﴿20

    Fa araahul-aayatal kubra.

    20.(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.

  21. فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ﴿21

    Fa kazzaba wa asaa.

    21.Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);

  22. ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَىٰ﴿22

    Thumma adbara yas'aa.

    22.Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).

  23. فَحَشَرَ فَنَادَىٰ﴿23

    Fa hashara fanada.

    23.Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -

  24. فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلْأَعْلَىٰ﴿24

    Faqala ana rabbu kumul-a'laa.

    24.Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".

  25. فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلْءَاخِرَةِ وَٱلْأُولَىٰٓ﴿25

    Fa-akha zahul laahu nakalal aakhirati wal-oola.

    25.Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.

  26. إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَعِبْرَةًۭ لِّمَن يَخْشَىٰٓ﴿26

    Inna fee zaalika la'ibratal limaiy-yaksha

    26.Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).

  27. ءَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُ ۚ بَنَىٰهَا﴿27

    A-antum a shaddu khalqan amis samaa-u banaaha.

    27.(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!

  28. رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّىٰهَا﴿28

    Raf'a sam kaha fasaw waaha

    28.Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,

  29. وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَىٰهَا﴿29

    Wa aghtasha lailaha wa akhraja duhaaha.

    29.Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.

  30. وَٱلْأَرْضَ بَعْدَ ذَٰلِكَ دَحَىٰهَآ﴿30

    Wal arda b'ada zaalika dahaaha.

    30.Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -

  31. أَخْرَجَ مِنْهَا مَآءَهَا وَمَرْعَىٰهَا﴿31

    Akhraja minha maa-aha wa mar 'aaha.

    31.Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;

  32. وَٱلْجِبَالَ أَرْسَىٰهَا﴿32

    Wal jibala arsaaha.

    32.Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);

  33. مَتَٰعًۭا لَّكُمْ وَلِأَنْعَٰمِكُمْ﴿33

    Mataa'al lakum wali an 'aamikum.

    33.(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

  34. فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلْكُبْرَىٰ﴿34

    Fa-izaa jaaa'atit taaam matul kubraa.

    34.Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -

  35. يَوْمَ يَتَذَكَّرُ ٱلْإِنسَٰنُ مَا سَعَىٰ﴿35

    Yauma Yata zakkarul insaanu ma sa'aa.

    35.Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -

  36. وَبُرِّزَتِ ٱلْجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ﴿36

    Wa burrizatil-jaheemu limany-yaraa.

    36.Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -

  37. فَأَمَّا مَن طَغَىٰ﴿37

    Fa ammaa man taghaa.

    37.Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -

  38. وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا﴿38

    Wa aasaral hayaatad dunyaa

    38.Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -

  39. فَإِنَّ ٱلْجَحِيمَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ﴿39

    Fa innal jaheema hiyal maawaa.

    39.Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

  40. وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ﴿40

    Wa ammaa man khaafa maqaama Rabbihee wa nahan nafsa 'anil hawaa

    40.Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -

  41. فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ﴿41

    Fa innal jannata hiyal maawaa

    41.Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

  42. يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَىٰهَا﴿42

    Yas'aloonaka 'anis saa'ati ayyaana mursaahaa

    42.Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"

  43. فِيمَ أَنتَ مِن ذِكْرَىٰهَآ﴿43

    Feema anta min zikraahaa

    43.Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

  44. إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَىٰهَآ﴿44

    Ilaa Rabbika muntahaa haa

    44.Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

  45. إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخْشَىٰهَا﴿45

    Innamaaa anta munziru maiy yakshaahaa

    45.Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

  46. كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوٓا۟ إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَىٰهَا﴿46

    Ka annahum Yawma yarawnahaa lam yalbasooo illaa 'ashiyyatan aw duhaahaa

    46.(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah An-Naazi'aat?

Surah An-Naazi'aat mengandungi 46 ayat dan merupakan surah ke-79 al-Quran.

Adakah surah An-Naazi'aat Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah An-Naazi'aat ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store