NurluNurlu
Surah 77·50 ayat·Makkiyyah

Surah Al-Mursalaat: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Al-Mursalaat ialah surah ke-77 al-Quran; mengandungi 50 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلْمُرْسَلَٰتِ عُرْفًۭا﴿1

    Wal mursalaati'urfaa

    1.Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),

  2. فَٱلْعَٰصِفَٰتِ عَصْفًۭا﴿2

    Fal'aasifaati 'asfaa

    2.Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,

  3. وَٱلنَّٰشِرَٰتِ نَشْرًۭا﴿3

    Wannaashiraati nashraa

    3.Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,

  4. فَٱلْفَٰرِقَٰتِ فَرْقًۭا﴿4

    Falfaariqaati farqaa

    4.Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,

  5. فَٱلْمُلْقِيَٰتِ ذِكْرًا﴿5

    Falmulqiyaati zikra

    5.Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),

  6. عُذْرًا أَوْ نُذْرًا﴿6

    'Uzran aw nuzraa

    6.Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -

  7. إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوَٰقِعٌۭ﴿7

    Innamaa too'adoona lawaaqi'

    7.(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.

  8. فَإِذَا ٱلنُّجُومُ طُمِسَتْ﴿8

    Fa izam nujoomu tumisat

    8.Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;

  9. وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ فُرِجَتْ﴿9

    Wa izas samaaa'u furijat

    9.Dan apabila langit terbelah;

  10. وَإِذَا ٱلْجِبَالُ نُسِفَتْ﴿10

    Wa izal jibaalu nusifat

    10.Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;

  11. وَإِذَا ٱلرُّسُلُ أُقِّتَتْ﴿11

    Wa izar Rusulu uqqitat

    11.Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).

  12. لِأَىِّ يَوْمٍ أُجِّلَتْ﴿12

    Li ayyi yawmin ujjilat

    12.(Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?

  13. لِيَوْمِ ٱلْفَصْلِ﴿13

    Li yawmil Fasl

    13.(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.

  14. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلْفَصْلِ﴿14

    Wa maaa adraaka maa yawmul fasl

    14.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?

  15. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿15

    Wailuny yawma 'izillilmukazzibeen

    15.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!

  16. أَلَمْ نُهْلِكِ ٱلْأَوَّلِينَ﴿16

    Alam nuhlikil awwaleen

    16.Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?

  17. ثُمَّ نُتْبِعُهُمُ ٱلْءَاخِرِينَ﴿17

    Summa nutbi'uhumul aakhireen

    17.Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.

  18. كَذَٰلِكَ نَفْعَلُ بِٱلْمُجْرِمِينَ﴿18

    Kazzlika naf'alu bilmujrimeen

    18.Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.

  19. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿19

    Wailunw yawma 'izil lil mukazzibeen

    19.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!

  20. أَلَمْ نَخْلُقكُّم مِّن مَّآءٍۢ مَّهِينٍۢ﴿20

    Alam nakhlukkum mimmaaa'im maheen

    20.Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?

  21. فَجَعَلْنَٰهُ فِى قَرَارٍۢ مَّكِينٍ﴿21

    Faja'alnaahu fee qaraarim makeen

    21.Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,

  22. إِلَىٰ قَدَرٍۢ مَّعْلُومٍۢ﴿22

    Illaa qadrim ma'loom

    22.Hingga ke suatu masa yang termaklum?

  23. فَقَدَرْنَا فَنِعْمَ ٱلْقَٰدِرُونَ﴿23

    Faqadarnaa fani'mal qaadiroon

    23.Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!

  24. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿24

    Wailuny yawma 'izil lilmukazzibeen

    24.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!

  25. أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ كِفَاتًا﴿25

    Alam naj'alil arda kifaataa

    25.Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -

  26. أَحْيَآءًۭ وَأَمْوَٰتًۭا﴿26

    Ahyaaa'anw wa amwaataa

    26.Yang hidup dan yang mati?

  27. وَجَعَلْنَا فِيهَا رَوَٰسِىَ شَٰمِخَٰتٍۢ وَأَسْقَيْنَٰكُم مَّآءًۭ فُرَاتًۭا﴿27

    Wa ja'alnaa feehaa rawaasiya shaamikhaatinw wa asqainaakum maaa'an furaataa

    27.Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?

  28. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿28

    Wailuny yawma 'izil lilmukazzibeen

    28.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!

  29. ٱنطَلِقُوٓا۟ إِلَىٰ مَا كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ﴿29

    Intaliqooo ilaa maa kuntum bihee tukazziboon

    29.(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.

  30. ٱنطَلِقُوٓا۟ إِلَىٰ ظِلٍّۢ ذِى ثَلَٰثِ شُعَبٍۢ﴿30

    Intaliqooo ilaa zillin zee salaasi shu'ab

    30."Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -

  31. لَّا ظَلِيلٍۢ وَلَا يُغْنِى مِنَ ٱللَّهَبِ﴿31

    Laa zaleelinw wa laa yughnee minal lahab

    31."Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.

  32. إِنَّهَا تَرْمِى بِشَرَرٍۢ كَٱلْقَصْرِ﴿32

    Innahaa tarmee bishararin kalqasr

    32."Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,

  33. كَأَنَّهُۥ جِمَٰلَتٌۭ صُفْرٌۭ﴿33

    Ka annahoo jimaalatun sufr

    33."(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning".

  34. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿34

    Wailuny yawma 'izil lilmukazibeen

    34.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).

  35. هَٰذَا يَوْمُ لَا يَنطِقُونَ﴿35

    Haazaa yawmu laa uantiqoon

    35.Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),

  36. وَلَا يُؤْذَنُ لَهُمْ فَيَعْتَذِرُونَ﴿36

    Wa laa yu'zanu lahum fa ya'taziroon

    36.Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.

  37. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿37

    Wailunw yawma 'izil lilmukazzibeen

    37.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!

  38. هَٰذَا يَوْمُ ٱلْفَصْلِ ۖ جَمَعْنَٰكُمْ وَٱلْأَوَّلِينَ﴿38

    Haaza yawmul fasli jama 'naakum wal awwaleen

    38.Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).

  39. فَإِن كَانَ لَكُمْ كَيْدٌۭ فَكِيدُونِ﴿39

    Fa in kaana lakum kaidun fakeedoon

    39.Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.

  40. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿40

    Wailuny yawma'izil lilmukazzibeen

    40.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!

  41. إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى ظِلَٰلٍۢ وَعُيُونٍۢ﴿41

    Innal muttaqeena fee zilaalinw wa 'uyoon

    41.Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -

  42. وَفَوَٰكِهَ مِمَّا يَشْتَهُونَ﴿42

    Wa fawaakiha mimmaa yastahoon

    42.Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.

  43. كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ هَنِيٓـًٔۢا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ﴿43

    Kuloo washraboo haneee 'am bimaa kuntum ta'maloon

    43.(Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."

  44. إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ﴿44

    Innaa kazaalika najzil muhsineen

    44.Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

  45. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿45

    Wailuny yawma 'izil lilmuzkazzibeen

    45.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!

  46. كُلُوا۟ وَتَمَتَّعُوا۟ قَلِيلًا إِنَّكُم مُّجْرِمُونَ﴿46

    Kuloo wa tamatta'oo qaleelan innakum mujrimoon

    46.Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.

  47. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿47

    Wailunny yawma 'izil lilmukazzibeen

    47.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -

  48. وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱرْكَعُوا۟ لَا يَرْكَعُونَ﴿48

    Wa izaa qeela lahumur ka'oo aa yarka'oon

    48.Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.

  49. وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ﴿49

    Wailunny yawma 'izil lilmukazzibeen

    49.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!

  50. فَبِأَىِّ حَدِيثٍۭ بَعْدَهُۥ يُؤْمِنُونَ﴿50

    Fabi ayyi hadeesim ba'dahoo yu'minoon

    50.(Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Al-Mursalaat?

Surah Al-Mursalaat mengandungi 50 ayat dan merupakan surah ke-77 al-Quran.

Adakah surah Al-Mursalaat Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Mursalaat ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store