Surah An-Naba: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah An-Naba ialah surah ke-78 al-Quran; mengandungi 40 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ﴿1﴾
'Amma Yatasaa-aloon
1.Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلْعَظِيمِ﴿2﴾
'Anin-nabaa-il 'azeem
2.Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
ٱلَّذِى هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ﴿3﴾
Allazi hum feehi mukh talifoon
3.Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴿4﴾
Kallaa sa y'alamoon
4.Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴿5﴾
Thumma kallaa sa y'alamoon
5.Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَٰدًۭا﴿6﴾
Alam naj'alil arda mihaa da
6.(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًۭا﴿7﴾
Wal jibaala au taada
7.Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
وَخَلَقْنَٰكُمْ أَزْوَٰجًۭا﴿8﴾
Wa khalaq naakum azwaaja
8.Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًۭا﴿9﴾
Waja'alnan naumakum subata
9.Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
وَجَعَلْنَا ٱلَّيْلَ لِبَاسًۭا﴿10﴾
Waja'alnal laila libasa
10.Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
وَجَعَلْنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشًۭا﴿11﴾
Waja'alnan nahara ma 'aasha
11.Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًۭا شِدَادًۭا﴿12﴾
Wa banaina fauqakum sab 'an shi daada
12.Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
وَجَعَلْنَا سِرَاجًۭا وَهَّاجًۭا﴿13﴾
Waja'alna siraajaw wah haaja
13.Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلْمُعْصِرَٰتِ مَآءًۭ ثَجَّاجًۭا﴿14﴾
Wa anzalna minal m'usiraati maa-an saj-jaaja
14.Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
لِّنُخْرِجَ بِهِۦ حَبًّۭا وَنَبَاتًۭا﴿15﴾
Linukh rija bihee habbaw wana baata
15.Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
وَجَنَّٰتٍ أَلْفَافًا﴿16﴾
Wa jan naatin alfafa
16.Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
إِنَّ يَوْمَ ٱلْفَصْلِ كَانَ مِيقَٰتًۭا﴿17﴾
Inna yaumal-fasli kana miqaata
17.Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
يَوْمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًۭا﴿18﴾
Yauma yun fakhu fis-soori fataa toona afwaaja
18.Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوَٰبًۭا﴿19﴾
Wa futiha tis samaa-u fakaanat abwaaba
19.Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
وَسُيِّرَتِ ٱلْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا﴿20﴾
Wa suyyi raatil jibaalu fa kaanat saraaba
20.Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًۭا﴿21﴾
Inna jahan nama kaanat mirsaada
21.Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
لِّلطَّٰغِينَ مَـَٔابًۭا﴿22﴾
Lit taa gheena ma aaba
22.Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
لَّٰبِثِينَ فِيهَآ أَحْقَابًۭا﴿23﴾
Laa bitheena feehaa ahqaaba
23.Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًۭا وَلَا شَرَابًا﴿24﴾
Laa ya zooqoona feeha bar daw walaa sharaaba
24.Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
إِلَّا حَمِيمًۭا وَغَسَّاقًۭا﴿25﴾
Illa hamee maw-wa ghas saaqa
25.Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
جَزَآءًۭ وِفَاقًا﴿26﴾
Jazaa-aw wi faaqa
26.Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
إِنَّهُمْ كَانُوا۟ لَا يَرْجُونَ حِسَابًۭا﴿27﴾
Innahum kaanu laa yarjoona hisaaba
27.Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا كِذَّابًۭا﴿28﴾
Wa kazzabu bi aayaa tina kizzaba
28.Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنَٰهُ كِتَٰبًۭا﴿29﴾
Wa kulla shai-in ahsai naahu kitaa ba
29.Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
فَذُوقُوا۟ فَلَن نَّزِيدَكُمْ إِلَّا عَذَابًا﴿30﴾
Fa zooqoo falan-nazee dakum ill-laa azaaba
30.(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا﴿31﴾
Inna lil mutta qeena mafaaza
31.Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
حَدَآئِقَ وَأَعْنَٰبًۭا﴿32﴾
Hadaa-iqa wa a'anaa ba
32.(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًۭا﴿33﴾
Wa kaawa 'iba at raaba
33.Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
وَكَأْسًۭا دِهَاقًۭا﴿34﴾
Wa ka'san di haaqa
34.Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
لَّا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًۭا وَلَا كِذَّٰبًۭا﴿35﴾
Laa yasma'oona fiha lagh waw walaa kizzaba
35.Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;
جَزَآءًۭ مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابًۭا﴿36﴾
Jazaa-am mir-rabbika ataa-an hisaaba
36.Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),
رَّبِّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ٱلرَّحْمَٰنِ ۖ لَا يَمْلِكُونَ مِنْهُ خِطَابًۭا﴿37﴾
Rabbis samaa waati wal ardi wa maa baina humar rahmaani laa yam likoona minhu khi taaba
37.Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);
يَوْمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةُ صَفًّۭا ۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحْمَٰنُ وَقَالَ صَوَابًۭا﴿38﴾
Yauma yaqoo mur roohu wal malaa-ikatu saf-fal laa yata kalla moona illa man azina lahur rahmaanu wa qaala sawaaba
38.(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
ذَٰلِكَ ٱلْيَوْمُ ٱلْحَقُّ ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا﴿39﴾
Zaalikal yaumul haqqu faman shaa-at ta khaaza ill-laa rabbihi ma-aaba
39.Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
إِنَّآ أَنذَرْنَٰكُمْ عَذَابًۭا قَرِيبًۭا يَوْمَ يَنظُرُ ٱلْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلْكَافِرُ يَٰلَيْتَنِى كُنتُ تُرَٰبًۢا﴿40﴾
In naa anzar naakum azaaban qareebaiy-yauma yan zurul marr-u maa qaddamat yadaahu wa ya qoolul-kaafiru yaa lai tanee kuntu turaaba
40.Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah An-Naba?
Surah An-Naba mengandungi 40 ayat dan merupakan surah ke-78 al-Quran.
Adakah surah An-Naba Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah An-Naba ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store