NurluNurlu
Surah 75·40 ayat·Makkiyyah

Surah Al-Qiyaama: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Al-Qiyaama ialah surah ke-75 al-Quran; mengandungi 40 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ﴿1

    Laaa uqsimu bi yawmil qiyaamah

    1.Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

  2. وَلَآ أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ﴿2

    Wa laaa uqsimu bin nafsil lawwaamah

    2.Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

  3. أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ﴿3

    Ayahsabul insaanu al lan najm'a 'izaamah

    3.Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

  4. بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ﴿4

    Balaa qaadireena 'alaaa an nusawwiya banaanah

    4.Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

  5. بَلْ يُرِيدُ ٱلْإِنسَٰنُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُۥ﴿5

    Bal yureedul insaanu liyafjura amaamah

    5.(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

  6. يَسْـَٔلُ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَٰمَةِ﴿6

    Yas'alu ayyyaana yawmul qiyaamah

    6.Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"

  7. فَإِذَا بَرِقَ ٱلْبَصَرُ﴿7

    Fa izaa bariqal basar

    7.Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

  8. وَخَسَفَ ٱلْقَمَرُ﴿8

    We khasafal qamar

    8.Dan bulan hilang cahayanya,

  9. وَجُمِعَ ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ﴿9

    Wa jumi'ash shamusu wal qamar

    9.Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

  10. يَقُولُ ٱلْإِنسَٰنُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ ٱلْمَفَرُّ﴿10

    Yaqoolul insaanu yaw ma 'izin aynal mafarr

    10.(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"

  11. كَلَّا لَا وَزَرَ﴿11

    Kallaa laa wazar

    11.Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

  12. إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمُسْتَقَرُّ﴿12

    Ilaa rabbika yawma 'izinil mustaqarr

    12.Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

  13. يُنَبَّؤُا۟ ٱلْإِنسَٰنُ يَوْمَئِذٍۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ﴿13

    Yunabba 'ul insaanu yawma 'izim bimaa qaddama wa akhkhar

    13.Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

  14. بَلِ ٱلْإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ بَصِيرَةٌۭ﴿14

    Balil insaanu 'alaa nafsihee baseerah

    14.Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

  15. وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ﴿15

    Wa law alqaa ma'aazeerah

    15.Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

  16. لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ﴿16

    Laa tuharrik bihee lisaa naka lita'jala bih

    16.Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

  17. إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ﴿17

    Inna 'alainaa jam'ahoo wa qur aanah

    17.Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

  18. فَإِذَا قَرَأْنَٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ﴿18

    Fa izaa qaraanaahu fattabi' qur aanah

    18.Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

  19. ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ﴿19

    Summa inna 'alainaa bayaanah

    19.Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

  20. كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ﴿20

    Kallaa bal tuhibboonal 'aajilah

    20.Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

  21. وَتَذَرُونَ ٱلْءَاخِرَةَ﴿21

    Wa tazaroonal Aakhirah

    21.Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

  22. وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاضِرَةٌ﴿22

    Wujoohuny yawma 'izin naadirah

    22.Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;

  23. إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌۭ﴿23

    Ilaa rabbihaa naazirah

    23.Melihat kepada Tuhannya.

  24. وَوُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۭ بَاسِرَةٌۭ﴿24

    Wa wujoohuny yawma 'izim baasirah

    24.Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,

  25. تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌۭ﴿25

    Tazunnu any yuf'ala bihaa faaqirah

    25.Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

  26. كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ﴿26

    Kallaaa izaa balaghatit taraaqee

    26.Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

  27. وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍۢ﴿27

    Wa qeela man raaq

    27.Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"

  28. وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلْفِرَاقُ﴿28

    Wa zanna annahul firaaq

    28.Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

  29. وَٱلْتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ﴿29

    Waltaffatis saaqu bissaaq

    29.Serta kedahsyatan bertindih-tindih;

  30. إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمَسَاقُ﴿30

    Ilaa rabbika yawma'izinil masaaq

    30.(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).

  31. فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ﴿31

    Falaa saddaqa wa laa sallaa

    31.(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!

  32. وَلَٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ﴿32

    Wa laakin kazzaba wa tawalla

    32.Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!

  33. ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ﴿33

    Summa zahaba ilaaa ahlihee yatamatta

    33.Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

  34. أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ﴿34

    Awlaa laka fa awlaa

    34.(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

  35. ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ﴿35

    Summa awlaa laka fa awla

    35.Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

  36. أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى﴿36

    Ayahsabul insaanu anyytraka sudaa

    36.Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

  37. أَلَمْ يَكُ نُطْفَةًۭ مِّن مَّنِىٍّۢ يُمْنَىٰ﴿37

    Alam yaku nutfatam mim maniyyiny yumnaa

    37.Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

  38. ثُمَّ كَانَ عَلَقَةًۭ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ﴿38

    Summa kaana 'alaqata fakhalaq fasawwaa

    38.Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

  39. فَجَعَلَ مِنْهُ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ﴿39

    Faja'ala minhuz zawjayniz zakara wal unsaa

    39.Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.

  40. أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْۦِىَ ٱلْمَوْتَىٰ﴿40

    Alaisa zaalika biqaadirin 'alaaa any yuhyiyal mawtaa

    40.Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Al-Qiyaama?

Surah Al-Qiyaama mengandungi 40 ayat dan merupakan surah ke-75 al-Quran.

Adakah surah Al-Qiyaama Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Qiyaama ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store