Surah Al-Muddaththir: Arab, Transliterasi dan Terjemahan
Surah Al-Muddaththir ialah surah ke-74 al-Quran; mengandungi 56 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمُدَّثِّرُ﴿1﴾
Yaaa ayyuhal muddassir
1.Wahai orang yang berselimut!
قُمْ فَأَنذِرْ﴿2﴾
Qum fa anzir
2.Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ﴿3﴾
Wa rabbaka fakabbir
3.Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ﴿4﴾
Wa siyaabaka fatahhir
4.Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
وَٱلرُّجْزَ فَٱهْجُرْ﴿5﴾
Warrujza fahjur
5.Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ﴿6﴾
Wa laa tamnun tastaksir
6.Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ﴿7﴾
Wa li Rabbika fasbir
7.Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
فَإِذَا نُقِرَ فِى ٱلنَّاقُورِ﴿8﴾
Fa izaa nuqira fin naaqoor
8.Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍۢ يَوْمٌ عَسِيرٌ﴿9﴾
Fazaalika yawma 'iziny yawmun 'aseer
9.Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
عَلَى ٱلْكَٰفِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍۢ﴿10﴾
'Alal kaafireena ghayru yaseer
10.Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
ذَرْنِى وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًۭا﴿11﴾
Zamee wa man khalaqtu waheedaa
11.(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
وَجَعَلْتُ لَهُۥ مَالًۭا مَّمْدُودًۭا﴿12﴾
Wa ja'altu lahoo maalam mamdoodaa
12.Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
وَبَنِينَ شُهُودًۭا﴿13﴾
Wa baneena shuhoodaa
13.Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمْهِيدًۭا﴿14﴾
Wa mahhattu lahoo tamheeda
14.Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ﴿15﴾
Summa yat ma'u an azeed
15.Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
كَلَّآ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِءَايَٰتِنَا عَنِيدًۭا﴿16﴾
Kallaaa innahoo kaana li Aayaatinaa 'aneedaa
16.Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
سَأُرْهِقُهُۥ صَعُودًا﴿17﴾
Sa urhiquhoo sa'oodaa
17.Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ﴿18﴾
Innahoo fakkara wa qaddar
18.Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ﴿19﴾
Faqutila kayfa qaddar
19.Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ﴿20﴾
Summa qutila kaifa qaddar
20.Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
ثُمَّ نَظَرَ﴿21﴾
Summa nazar
21.Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ﴿22﴾
Summa 'abasa wa basar
22.Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
ثُمَّ أَدْبَرَ وَٱسْتَكْبَرَ﴿23﴾
Summaa adbara wastakbar
23.Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
فَقَالَ إِنْ هَٰذَآ إِلَّا سِحْرٌۭ يُؤْثَرُ﴿24﴾
Faqaala in haazaaa illaa sihruny yu'sar
24.Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
إِنْ هَٰذَآ إِلَّا قَوْلُ ٱلْبَشَرِ﴿25﴾
In haazaaa illaa qawlul bashar
25."Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
سَأُصْلِيهِ سَقَرَ﴿26﴾
Sa usleehi saqar
26.(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا سَقَرُ﴿27﴾
Wa maaa adraaka maa saqar
27.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
لَا تُبْقِى وَلَا تَذَرُ﴿28﴾
Laa tubqee wa laa tazar
28.Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
لَوَّاحَةٌۭ لِّلْبَشَرِ﴿29﴾
Lawwaahatul lilbashar
29.Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ﴿30﴾
'Alaihaa tis'ata 'ashar
30.Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
وَمَا جَعَلْنَآ أَصْحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةًۭ ۙ وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةًۭ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيَسْتَيْقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَيَزْدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِيمَٰنًۭا ۙ وَلَا يَرْتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌۭ وَٱلْكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًۭا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ﴿31﴾
Wa maaja''alnaaa As haaban naari illaa malaaa 'ikatanw wa maa ja'alnaa 'iddatahum illaa fitnatal lillazeena kafaroo liyastayqinal lazeena ootul kitaaba wa yazdaadal lazeena aamanooo eemaananw wa laa yartaabal lazeena ootul kitaaba walmu'minoona wa liyaqoolal lazeena fee quloo bihim maradunw walkaafiroona maazaaa araadal laahu bihaazaa masalaa; kazaalika yudillul laahu many yashaaa'u wa yahdee many yashaaa'; wa maa ya'lamu junooda rabbika illaa hoo; wa maa hiya illaa zikraa lil bashar
31.Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
كَلَّا وَٱلْقَمَرِ﴿32﴾
Kallaa walqamar
32.Sebenarnya! Demi bulan,
وَٱلَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ﴿33﴾
Wallaili adbar
33.Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
وَٱلصُّبْحِ إِذَآ أَسْفَرَ﴿34﴾
Wassub hi izaaa asfar
34.Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
إِنَّهَا لَإِحْدَى ٱلْكُبَرِ﴿35﴾
Innahaa la ihdal kubar
35.Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
نَذِيرًۭا لِّلْبَشَرِ﴿36﴾
Nazeeral lilbashar
36.Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ﴿37﴾
Liman shaaa'a minkum any yataqaddama aw yata akhkhar
37.(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ﴿38﴾
Kullu nafsim bim kasabat raheenah
38.Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
إِلَّآ أَصْحَٰبَ ٱلْيَمِينِ﴿39﴾
Illaaa as haabal yameen
39.Kecuali puak Kanan,
فِى جَنَّٰتٍۢ يَتَسَآءَلُونَ﴿40﴾
Fee jannaatiny yata saaa'aloon
40.(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
عَنِ ٱلْمُجْرِمِينَ﴿41﴾
'Anil mujrimeen
41.Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ﴿42﴾
Maa salakakum fee saqar
42.(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَلِّينَ﴿43﴾
Qaaloo lam naku minal musalleen
43.Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ ٱلْمِسْكِينَ﴿44﴾
Wa lam naku nut'imul miskeen
44."Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلْخَآئِضِينَ﴿45﴾
Wa kunnaa nakhoodu ma'al khaaa'ideen
45."Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ﴿46﴾
Wa kunnaa nukazzibu bi yawmid Deen
46."Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلْيَقِينُ﴿47﴾
Hattaaa ataanal yaqeen
47."Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ﴿48﴾
Famaa tanfa'uhum shafaa'atush shaafi'een
48.Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
فَمَا لَهُمْ عَنِ ٱلتَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ﴿49﴾
Famaa lahum 'anittazkirati mu'rideen
49.(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
كَأَنَّهُمْ حُمُرٌۭ مُّسْتَنفِرَةٌۭ﴿50﴾
Ka annahum humurum mustanfirah
50.Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍۭ﴿51﴾
Farrat min qaswarah
51.Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
بَلْ يُرِيدُ كُلُّ ٱمْرِئٍۢ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًۭا مُّنَشَّرَةًۭ﴿52﴾
Bal yureedu kullum ri'im minhum any yu'taa suhufam munashsharah
52.(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
كَلَّا ۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلْءَاخِرَةَ﴿53﴾
Kallaa bal laa yakhaafoonal aakhirah
53.Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذْكِرَةٌۭ﴿54﴾
Kallaaa innahoo tazkirah
54.Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ﴿55﴾
Fa man shaaa'a zakarah
55.Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ هُوَ أَهْلُ ٱلتَّقْوَىٰ وَأَهْلُ ٱلْمَغْفِرَةِ﴿56﴾
Wa maa yazkuroona illaaa any yashaaa'al laah; Huwa ahlut taqwaa wa ahlul maghfirah
56.Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
Soalan Lazim
Berapakah bilangan ayat surah Al-Muddaththir?
Surah Al-Muddaththir mengandungi 56 ayat dan merupakan surah ke-74 al-Quran.
Adakah surah Al-Muddaththir Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Muddaththir ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.
Kandungan Berkaitan
Baca dalam aplikasi Nurlu
Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.
App Store