NurluNurlu
Surah 90·20 ayat·Makkiyyah

Surah Al-Balad: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Al-Balad ialah surah ke-90 al-Quran; mengandungi 20 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. لَآ أُقْسِمُ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ﴿1

    Laaa uqsimu bihaazal balad

    1.Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;

  2. وَأَنتَ حِلٌّۢ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ﴿2

    Wa anta hillum bihaazal balad

    2.Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),

  3. وَوَالِدٍۢ وَمَا وَلَدَ﴿3

    Wa waalidinw wa maa walad

    3.Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;

  4. لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِى كَبَدٍ﴿4

    Laqad khalaqnal insaana fee kabad

    4.Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

  5. أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌۭ﴿5

    Ayahsabu al-lai yaqdira 'alaihi ahad

    5.Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?

  6. يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًۭا لُّبَدًا﴿6

    Yaqoolu ahlaktu maalal lubadaa

    6.Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

  7. أَيَحْسَبُ أَن لَّمْ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ﴿7

    Ayahsabu al lam yarahooo ahad

    7.Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?

  8. أَلَمْ نَجْعَل لَّهُۥ عَيْنَيْنِ﴿8

    Alam naj'al lahoo 'aynayn

    8.(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -

  9. وَلِسَانًۭا وَشَفَتَيْنِ﴿9

    Wa lisaananw wa shafatayn

    9.Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

  10. وَهَدَيْنَٰهُ ٱلنَّجْدَيْنِ﴿10

    Wa hadaynaahun najdayn

    10.Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

  11. فَلَا ٱقْتَحَمَ ٱلْعَقَبَةَ﴿11

    Falaq tahamal-'aqabah

    11.Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

  12. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْعَقَبَةُ﴿12

    Wa maaa adraaka mal'aqabah

    12.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

  13. فَكُّ رَقَبَةٍ﴿13

    Fakku raqabah

    13.(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;

  14. أَوْ إِطْعَٰمٌۭ فِى يَوْمٍۢ ذِى مَسْغَبَةٍۢ﴿14

    Aw it'aamun fee yawmin zee masghabah

    14.Atau memberi makan pada hari kelaparan -

  15. يَتِيمًۭا ذَا مَقْرَبَةٍ﴿15

    Yateeman zaa maqrabah

    15.Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

  16. أَوْ مِسْكِينًۭا ذَا مَتْرَبَةٍۢ﴿16

    Aw miskeenan zaa matrabah

    16.Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

  17. ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْمَرْحَمَةِ﴿17

    Summa kaana minal lazeena aamanoo wa tawaasaw bissabri wa tawaasaw bilmarhamah

    17.Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

  18. أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ﴿18

    Ulaaa'ika As-haabul maimanah

    18.(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).

  19. وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا هُمْ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ﴿19

    Wallazeena kafaroo bi aayaatinaa hum as-haabul Mash'amah

    19.Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -

  20. عَلَيْهِمْ نَارٌۭ مُّؤْصَدَةٌۢ﴿20

    Alaihim naarum mu'sadah

    20.Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Al-Balad?

Surah Al-Balad mengandungi 20 ayat dan merupakan surah ke-90 al-Quran.

Adakah surah Al-Balad Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Balad ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store