NurluNurlu
Surah 56·96 ayat·Makkiyyah

Surah Al-Waaqia: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Al-Waaqia ialah surah ke-56 al-Quran; mengandungi 96 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ﴿1

    Izaa waqa'atil waaqi'ah

    1.Apabila berlaku hari kiamat itu,

  2. لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ﴿2

    Laisa liwaq'atihaa kaazibah

    2.Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

  3. خَافِضَةٌۭ رَّافِعَةٌ﴿3

    Khafidatur raafi'ah

    3.Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

  4. إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّۭا﴿4

    Izaa rujjatil ardu rajjaa

    4.(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

  5. وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّۭا﴿5

    Wa bussatil jibaalu bassaa

    5.Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

  6. فَكَانَتْ هَبَآءًۭ مُّنۢبَثًّۭا﴿6

    Fakaanat habaaa'am mumbassaa

    6.Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

  7. وَكُنتُمْ أَزْوَٰجًۭا ثَلَٰثَةًۭ﴿7

    Wa kuntum azwaajan salaasah

    7.Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

  8. فَأَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ﴿8

    Fa as haabul maimanati maaa as haabul maimanah

    8.Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

  9. وَأَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ﴿9

    Wa as haabul mash'amati maaa as haabul mash'amah

    9.Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

  10. وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ﴿10

    Wassaabiqoonas saabiqoon

    10.Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

  11. أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلْمُقَرَّبُونَ﴿11

    Ulaaa'ikal muqarraboon

    11.Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

  12. فِى جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ﴿12

    Fee Jannaatin Na'eem

    12.(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

  13. ثُلَّةٌۭ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ﴿13

    Sullatum minal awwaleen

    13.(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

  14. وَقَلِيلٌۭ مِّنَ ٱلْءَاخِرِينَ﴿14

    Wa qaleelum minal aa khireen

    14.Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

  15. عَلَىٰ سُرُرٍۢ مَّوْضُونَةٍۢ﴿15

    'Alaa sururim mawdoonah

    15.(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

  16. مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيْهَا مُتَقَٰبِلِينَ﴿16

    Muttaki'eena 'alaihaa mutaqabileen

    16.Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

  17. يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌۭ مُّخَلَّدُونَ﴿17

    Yatoofu 'alaihim wildaa num mukkhalladoon

    17.Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

  18. بِأَكْوَابٍۢ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍۢ مِّن مَّعِينٍۢ﴿18

    Bi akwaabinw wa abaareeq, wa kaasim mim ma'een

    18.Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

  19. لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ﴿19

    Laa yusadda'oona 'anhaa wa laa yunzifoon

    19.Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

  20. وَفَٰكِهَةٍۢ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ﴿20

    Wa faakihatim mimmaa yatakhaiyaroon

    20.Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

  21. وَلَحْمِ طَيْرٍۢ مِّمَّا يَشْتَهُونَ﴿21

    Wa lahmi tairim mimmaa yashtahoon

    21.Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

  22. وَحُورٌ عِينٌۭ﴿22

    Wa hoorun'een

    22.Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

  23. كَأَمْثَٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ﴿23

    Ka amsaalil lu'lu'il maknoon

    23.Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

  24. جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ﴿24

    Jazaaa'am bimaa kaanoo ya'maloon

    24.(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

  25. لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًۭا وَلَا تَأْثِيمًا﴿25

    Laa yasma'oona feehaa laghwanw wa laa taaseemaa

    25.Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -

  26. إِلَّا قِيلًۭا سَلَٰمًۭا سَلَٰمًۭا﴿26

    Illaa qeelan salaaman salaamaa

    26.Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).

  27. وَأَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ﴿27

    Wa as haabul yameeni maaa as haabul Yameen

    27.Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

  28. فِى سِدْرٍۢ مَّخْضُودٍۢ﴿28

    Fee sidrim makhdood

    28.Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

  29. وَطَلْحٍۢ مَّنضُودٍۢ﴿29

    Wa talhim mandood

    29.Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

  30. وَظِلٍّۢ مَّمْدُودٍۢ﴿30

    Wa zillim mamdood

    30.Dan naungan yang tetap terbentang,

  31. وَمَآءٍۢ مَّسْكُوبٍۢ﴿31

    Wa maaa'im maskoob

    31.Dan air yang sentiasa mengalir,

  32. وَفَٰكِهَةٍۢ كَثِيرَةٍۢ﴿32

    Wa faakihatin kaseerah

    32.Serta buah-buahan yang banyak,

  33. لَّا مَقْطُوعَةٍۢ وَلَا مَمْنُوعَةٍۢ﴿33

    Laa maqtoo'atinw wa laa mamnoo'ah

    33.Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

  34. وَفُرُشٍۢ مَّرْفُوعَةٍ﴿34

    Wa furushim marfoo'ah

    34.Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

  35. إِنَّآ أَنشَأْنَٰهُنَّ إِنشَآءًۭ﴿35

    Innaaa anshaanaahunna inshaaa'aa

    35.Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

  36. فَجَعَلْنَٰهُنَّ أَبْكَارًا﴿36

    Faja'alnaahunna abkaaraa

    36.Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

  37. عُرُبًا أَتْرَابًۭا﴿37

    'Uruban atraabaa

    37.Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

  38. لِّأَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ﴿38

    Li as haabil yameen

    38.(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

  39. ثُلَّةٌۭ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ﴿39

    Sullatum minal awwa leen

    39.Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

  40. وَثُلَّةٌۭ مِّنَ ٱلْءَاخِرِينَ﴿40

    Wa sullatum minal aakhireen

    40.Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

  41. وَأَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ﴿41

    Wa as haabush shimaali maaa as haabush shimaal

    41.Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

  42. فِى سَمُومٍۢ وَحَمِيمٍۢ﴿42

    Fee samoominw wa hameem

    42.Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

  43. وَظِلٍّۢ مِّن يَحْمُومٍۢ﴿43

    Wa zillim miny yahmoom

    43.Serta naungan dari asap hitam,

  44. لَّا بَارِدٍۢ وَلَا كَرِيمٍ﴿44

    Laa baaridinw wa laa kareem

    44.Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

  45. إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ﴿45

    Innaahum kaanoo qabla zaalika mutrafeen

    45.Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

  46. وَكَانُوا۟ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلْحِنثِ ٱلْعَظِيمِ﴿46

    Wa kaanoo yusirroona 'alal hinsil 'azeem

    46.Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

  47. وَكَانُوا۟ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًۭا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ﴿47

    Wa kaanoo yaqooloona a'izaa mitnaa wa kunnaa turaabanw wa izaaman'ainnaa lamab'oosoon

    47.Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

  48. أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ﴿48

    Awa aabaaa'unal awwaloon

    48."Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "

  49. قُلْ إِنَّ ٱلْأَوَّلِينَ وَٱلْءَاخِرِينَ﴿49

    Qul innal awwaleena wal aakhireen

    49.Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

  50. لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوْمٍۢ مَّعْلُومٍۢ﴿50

    Lamajmoo'oona ilaa meeqaati yawmim ma'loon

    50."Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.

  51. ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلْمُكَذِّبُونَ﴿51

    summa innakum ayyuhad daaalloonal mukazziboon

    51."Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

  52. لَءَاكِلُونَ مِن شَجَرٍۢ مِّن زَقُّومٍۢ﴿52

    La aakiloona min shaja rim min zaqqoom

    52.Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

  53. فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ﴿53

    Famaali'oona minhal butoon

    53."Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

  54. فَشَٰرِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ ٱلْحَمِيمِ﴿54

    Fashaariboona 'alaihi minal hameem

    54."Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

  55. فَشَٰرِبُونَ شُرْبَ ٱلْهِيمِ﴿55

    Fashaariboona shurbal heem

    55."Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".

  56. هَٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ ٱلدِّينِ﴿56

    Haazaa nuzuluhum yawmad deen

    56.Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

  57. نَحْنُ خَلَقْنَٰكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ﴿57

    Nahnu khalaqnaakum falaw laa tusaddiqoon

    57.Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

  58. أَفَرَءَيْتُم مَّا تُمْنُونَ﴿58

    Afara'aytum maa tumnoon

    58.(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

  59. ءَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلْخَٰلِقُونَ﴿59

    'A-antum takhluqoo nahooo am nahnul khaaliqoon

    59.Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

  60. نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ ٱلْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ﴿60

    Nahnu qaddarnaa baina kumul mawta wa maa nahnu bimasbooqeen

    60.Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

  61. عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَٰلَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِى مَا لَا تَعْلَمُونَ﴿61

    'Alaaa an nubaddila amsaalakum wa nunshi'akum fee maa laa ta'lamoon

    61.(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

  62. وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ﴿62

    Wa laqad 'alimtumun nash atal oolaa falaw laa tazakkaroon

    62.Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

  63. أَفَرَءَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ﴿63

    Afara'aytum maa tahrusoon

    63.Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

  64. ءَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلزَّٰرِعُونَ﴿64

    'A-antum tazra'oonahooo am nahnuz zaari'ooon

    64.Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

  65. لَوْ نَشَآءُ لَجَعَلْنَٰهُ حُطَٰمًۭا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ﴿65

    Law nashaaa'u laja'al naahu hutaaman fazaltum tafakkahoon

    65.Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

  66. إِنَّا لَمُغْرَمُونَ﴿66

    Innaa lamughramoon

    66.(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

  67. بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ﴿67

    Bal nahnu mahroomoon

    67."Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "

  68. أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ﴿68

    Afara'aytumul maaa'allazee tashraboon

    68.Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

  69. ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ﴿69

    'A-antum anzaltumoohu minal muzni am nahnul munziloon

    69.Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

  70. لَوْ نَشَآءُ جَعَلْنَٰهُ أُجَاجًۭا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ﴿70

    Law nashaaa'u ja'alnaahu ujaajan falaw laa tashkuroon

    70.Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

  71. أَفَرَءَيْتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ﴿71

    Afara'aytumun naaral latee tooroon

    71.Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

  72. ءَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَآ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنشِـُٔونَ﴿72

    'A-antum anshaatum shajaratahaaa am nahnul munshi'oon

    72.Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

  73. نَحْنُ جَعَلْنَٰهَا تَذْكِرَةًۭ وَمَتَٰعًۭا لِّلْمُقْوِينَ﴿73

    Nahnu ja'alnaahaa tazkira tanw wa mataa'al lilmuqween

    73.Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

  74. فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ﴿74

    Fasabbih bismi Rabbikal 'azeem

    74.Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

  75. ۞ فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ﴿75

    Falaa uqsimu bimaawaa qi'innujoom

    75.Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -

  76. وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌۭ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ﴿76

    Wa innahoo laqasamul lawta'lamoona'azeem

    76.Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

  77. إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌۭ كَرِيمٌۭ﴿77

    Innahoo la quraanun kareem

    77.Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

  78. فِى كِتَٰبٍۢ مَّكْنُونٍۢ﴿78

    Fee kitaabim maknoon

    78.Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

  79. لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ﴿79

    Laa yamassuhooo illal mutahharoon

    79.Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

  80. تَنزِيلٌۭ مِّن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ﴿80

    Tanzeelum mir Rabbil'aalameen

    80.Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

  81. أَفَبِهَٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ﴿81

    Afabihaazal hadeesi antum mudhinoon

    81.Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

  82. وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ﴿82

    Wa taj'aloona rizqakum annakum tukazziboon

    82.Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

  83. فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ﴿83

    Falaw laaa izaa balaghatil hulqoom

    83.Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

  84. وَأَنتُمْ حِينَئِذٍۢ تَنظُرُونَ﴿84

    Wa antum heena'izin tanzuroon

    84.Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

  85. وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ﴿85

    Wa nahnu aqrabu ilaihi minkum wa laakil laa tubsiroon

    85.Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

  86. فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ﴿86

    Falaw laaa in kuntum ghira madeeneen

    86.Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

  87. تَرْجِعُونَهَآ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ﴿87

    Tarji'oonahaaa in kuntum saadiqeen

    87.Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

  88. فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ﴿88

    Fa ammaaa in kaana minal muqarrabeen

    88.Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",

  89. فَرَوْحٌۭ وَرَيْحَانٌۭ وَجَنَّتُ نَعِيمٍۢ﴿89

    Farawhunw wa raihaa nunw wa jannatu na'eem

    89.Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

  90. وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ﴿90

    Wa ammaaa in kaana min as haabil yameen

    90.Dan jika ia dari puak kanan,

  91. فَسَلَٰمٌۭ لَّكَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ﴿91

    Fasalaamul laka min as haabil yameen

    91.Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".

  92. وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ﴿92

    Wa ammaaa in kaana minal mukazzibeenad daaalleen

    92.Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

  93. فَنُزُلٌۭ مِّنْ حَمِيمٍۢ﴿93

    Fanuzulum min hameem

    93.Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

  94. وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ﴿94

    Wa tasliyatu jaheem

    94.Serta bakaran api neraka.

  95. إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلْيَقِينِ﴿95

    Inna haaza lahuwa haqqul yaqeen

    95.Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

  96. فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ﴿96

    Fasabbih bismi rabbikal 'azeem

    96.Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Al-Waaqia?

Surah Al-Waaqia mengandungi 96 ayat dan merupakan surah ke-56 al-Quran.

Adakah surah Al-Waaqia Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Waaqia ialah surah Makkiyyah; diturunkan pada zaman Makkah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store