NurluNurlu
Surah 55·78 ayat·Madaniyyah

Surah Ar-Rahmaan: Arab, Transliterasi dan Terjemahan

Surah Ar-Rahmaan ialah surah ke-55 al-Quran; mengandungi 78 ayat dan merupakan surah Madaniyyah. Di bawah ini anda boleh membaca keseluruhan surah ayat demi ayat dengan teks Arab, transliterasi dan terjemahan Melayu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. ٱلرَّحْمَٰنُ﴿1

    Ar Rahmaan

    1.(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

  2. عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ﴿2

    'Allamal Quran

    2.Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

  3. خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ﴿3

    Khalaqal insaan

    3.Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

  4. عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ﴿4

    'Allamalhul bayaan

    4.Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

  5. ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍۢ﴿5

    Ashshamsu walqamaru bihusbaan

    5.Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

  6. وَٱلنَّجْمُ وَٱلشَّجَرُ يَسْجُدَانِ﴿6

    Wannajmu washshajaru yasjudan

    6.Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

  7. وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ﴿7

    Wassamaaa'a rafa'ahaa wa wada'al Meezan

    7.Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

  8. أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ﴿8

    Allaa tatghaw fil meezaan

    8.Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

  9. وَأَقِيمُوا۟ ٱلْوَزْنَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا۟ ٱلْمِيزَانَ﴿9

    Wa aqeemul wazna bilqisti wa laa tukhsirul meezaan

    9.Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

  10. وَٱلْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ﴿10

    Wal arda wada'ahaa lilanaame

    10.Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

  11. فِيهَا فَٰكِهَةٌۭ وَٱلنَّخْلُ ذَاتُ ٱلْأَكْمَامِ﴿11

    Feehaa faakihatunw wan nakhlu zaatul akmaam

    11.Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

  12. وَٱلْحَبُّ ذُو ٱلْعَصْفِ وَٱلرَّيْحَانُ﴿12

    Walhabbu zul 'asfi war Raihaanu

    12.Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

  13. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿13

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan

    13.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

  14. خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِن صَلْصَٰلٍۢ كَٱلْفَخَّارِ﴿14

    Khalaqal insaana min salsaalin kalfakhkhaari

    14.Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

  15. وَخَلَقَ ٱلْجَآنَّ مِن مَّارِجٍۢ مِّن نَّارٍۢ﴿15

    Wa khalaqal jaaan mim maarijim min naar

    15.Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

  16. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿16

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan

    16.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  17. رَبُّ ٱلْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ ٱلْمَغْرِبَيْنِ﴿17

    Rabbul mashriqayni wa Rabbul maghribayni

    17.(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

  18. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿18

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan

    18.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  19. مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ﴿19

    Marajal bahrayni yalta qiyaani

    19.Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

  20. بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌۭ لَّا يَبْغِيَانِ﴿20

    Bainahumaa barzakhul laa yabghiyaan

    20.Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

  21. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿21

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan

    21.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  22. يَخْرُجُ مِنْهُمَا ٱللُّؤْلُؤُ وَٱلْمَرْجَانُ﴿22

    Yakhruju minhumal lu 'lu u wal marjaanu

    22.Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

  23. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿23

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan

    23.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  24. وَلَهُ ٱلْجَوَارِ ٱلْمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلْبَحْرِ كَٱلْأَعْلَٰمِ﴿24

    Wa lahul jawaaril mun sha'aatu fil bahri kal a'laam

    24.Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

  25. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿25

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    25.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  26. كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍۢ﴿26

    Kullu man 'alaihaa faan

    26.Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

  27. وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو ٱلْجَلَٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ﴿27

    Wa yabqaa wajhu rabbika zul jalaali wal ikraam

    27.Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

  28. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿28

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    28.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  29. يَسْـَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْنٍۢ﴿29

    Yas'aluhoo man fissamaawaati walard; kulla ywmin huwa fee shaan

    29.Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

  30. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿30

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    30.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

  31. سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ﴿31

    Sanafrughu lakum ayyuhas saqalaan

    31.Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

  32. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿32

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    32.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  33. يَٰمَعْشَرَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ إِنِ ٱسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا۟ مِنْ أَقْطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ فَٱنفُذُوا۟ ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَٰنٍۢ﴿33

    Yaa ma'sharal jinni wal insi inis tata'tum an tanfuzoo min aqtaaris samaawaati wal ardi fanfuzoo; laa tanfuzoona illaa bisultaan

    33.Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

  34. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿34

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    34.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  35. يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌۭ مِّن نَّارٍۢ وَنُحَاسٌۭ فَلَا تَنتَصِرَانِ﴿35

    Yursalu 'alaikumaa shuwaazum min naarifiw-wa nuhaasun falaa tantasiraan

    35.Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

  36. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿36

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    36.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  37. فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ وَرْدَةًۭ كَٱلدِّهَانِ﴿37

    Fa-izan shaqqatis samaaa'u fakaanat wardatan kaddihaan

    37.Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

  38. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿38

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    38.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  39. فَيَوْمَئِذٍۢ لَّا يُسْـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌۭ وَلَا جَآنٌّۭ﴿39

    Fa-yawma'izil laa yus'alu 'an zambiheee insunw wa laa jaann

    39.Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

  40. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿40

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    40.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  41. يُعْرَفُ ٱلْمُجْرِمُونَ بِسِيمَٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِٱلنَّوَٰصِى وَٱلْأَقْدَامِ﴿41

    Yu'raful mujrimoona biseemaahum fa'yu'khazu binna waasi wal aqdaam

    41.Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

  42. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿42

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    42.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  43. هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ﴿43

    Haazihee jahannamul latee yukazzibu bihal mujrimoon

    43.(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".

  44. يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍۢ﴿44

    Yatoofoona bainahaa wa baina hameemim aan

    44.Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

  45. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿45

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    45.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  46. وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ﴿46

    Wa liman khaafa maqaama rabbihee jannataan

    46.Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

  47. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿47

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    47.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  48. ذَوَاتَآ أَفْنَانٍۢ﴿48

    Zawaataaa afnaan

    48.(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

  49. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿49

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    49.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  50. فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ﴿50

    Feehimaa 'aynaani tajriyaan

    50.Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

  51. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿51

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    51.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

  52. فِيهِمَا مِن كُلِّ فَٰكِهَةٍۢ زَوْجَانِ﴿52

    Feehimaa min kulli faakihatin zawjaan

    52.Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

  53. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿53

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    53.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  54. مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍۢ ۚ وَجَنَى ٱلْجَنَّتَيْنِ دَانٍۢ﴿54

    Muttaki'eena 'alaa furushim bataaa'inuhaa min istabraq; wajanal jannataini daan

    54.Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

  55. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿55

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    55.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  56. فِيهِنَّ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌۭ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّۭ﴿56

    Feehinna qaasiratut tarfi lam yatmishunna insun qablahum wa laa jaaann

    56.Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

  57. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿57

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    57.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  58. كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ﴿58

    ka annahunnal yaaqootu wal marjaan

    58.Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

  59. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿59

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    59.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  60. هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ﴿60

    Hal jazaaa'ul ihsaani illal ihsaan

    60.Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

  61. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿61

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    61.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  62. وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ﴿62

    Wa min doonihimaa jannataan

    62.Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

  63. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿63

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    63.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  64. مُدْهَآمَّتَانِ﴿64

    Mudhaaammataan

    64.Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

  65. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿65

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    65.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  66. فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ﴿66

    Feehimaa 'aynaani nad daakhataan

    66.Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

  67. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿67

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    67.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  68. فِيهِمَا فَٰكِهَةٌۭ وَنَخْلٌۭ وَرُمَّانٌۭ﴿68

    Feehimaa faakihatunw wa nakhlunw wa rummaan

    68.Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

  69. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿69

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    69.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  70. فِيهِنَّ خَيْرَٰتٌ حِسَانٌۭ﴿70

    Feehinna khairaatun hisaan

    70.Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

  71. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿71

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    71.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  72. حُورٌۭ مَّقْصُورَٰتٌۭ فِى ٱلْخِيَامِ﴿72

    Hoorum maqsooraatun fil khiyaam

    72.Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

  73. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿73

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    73.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  74. لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌۭ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّۭ﴿74

    Lam yatmis hunna insun qablahum wa laa jaaann

    74.(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

  75. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿75

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    75.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  76. مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍۢ وَعَبْقَرِىٍّ حِسَانٍۢ﴿76

    Muttaki'eena 'alaa rafratin khudrinw wa 'abqariyyin hisaan

    76.Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

  77. فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴿77

    Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikumaa tukazzibaan.

    77.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  78. تَبَٰرَكَ ٱسْمُ رَبِّكَ ذِى ٱلْجَلَٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ﴿78

    Tabaarakasmu Rabbika Zil-Jalaali wal-Ikraam

    78.Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Soalan Lazim

Berapakah bilangan ayat surah Ar-Rahmaan?

Surah Ar-Rahmaan mengandungi 78 ayat dan merupakan surah ke-55 al-Quran.

Adakah surah Ar-Rahmaan Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Ar-Rahmaan ialah surah Madaniyyah; diturunkan pada zaman Madinah.

Kandungan Berkaitan

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · alquran.cloud

Transliterasi: English Transliteration · alquran.cloud

Teks Arab: Al-Quran al-Karim (tulisan Uthmani) · Sumber: alquran.cloud

Baca dalam aplikasi Nurlu

Semua surah dengan bacaan audio, terjemahan dan peringatan harian.

App Store